'Hina sebab aurat dia, kenapa tak hina diri sendiri yang tak ada adab?' - Netizen pertahankan Elyana

loading...

Ahad lalu, penyanyi, Elyana, secara spontan mengumumkan dirinya menghidap kanser limfoma tahap empat selepas melahirkan anak sulungnya, Cinta Sumayyah. Pengumuman yang mengejutkan itu menerima pelbagai reaksi dari netizen. Namun ada segelintir netizen pula dilihat cuba mencari kesalahannya dan mempertikaikan mengapa Elyana tidak memakai tudung. 

Kesal dengan komen-komen yang dianggap tidak wajar itu, ramai netizen yang mengecam tindakan golongan netizen yang cuba bangkitkan isu tersebut. 

"Tadi baca comments di Facebook yang Elyana kena kanser limfoma tahap empat. Ada komen macam ni:

"Dah tak hidup lama, tutuplah aurat"

"Firstly, orang itu Allah tengah uji. Bagilah semangat. Ingat sihat-sihat tu tak boleh mati ke? Ingat mati tu kau yang tentukan? 

"Secondly, hina sebab aurat dia. Kenapa tak hina diri sendiri yang tak ada adab? Bila orang ditimpa musibah, dalam Islam adabnya kita ucap innalillah dan bagi kata semangat. 

"Itulah masalah orang kita. Mengumpat dan mencaci ini bukan benda yang nampak dengan mata kasar macam perbuatan tak bertudung. Andai kata Allah nampakkan mereka akan buruknya perbuatan mereka itu, confirm diam. 

"Kita jangan kritik tentang pemakaiannya. Sekarang yang penting kita semua berdoa untuk kesembuhan penyakitnya dan bagi semangat untuk melawan penyakit itu. Sebab kita adalah saudara sesama Islam.




"Elyana penghidap kanser tahap empat, dah sebut dalam iv yang dia tak boleh stress. But what many Malaysians do? Kritik dia tentang tak pakai tudung. 

"Kalau betul awak peduli, awak letak handphone tepi, diam-diam berdoa memohon Allah kurniakan kesembuhan dan hidayah kepada dia. If you did, Alhamdulillah. "

Sumber: Roti Kaya, Hafiz Rayyan, Wani Ardy, Mohammad Aidil, Dayang Latifah

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.