'Geli hati aku baca anak muda tak boleh survive hidup di kota dengan gaji RM2K, aku gaji RM2,5K anak tiga, boleh je?'

loading...

"Geli hati aku baca anak muda tak boleh survive hidup di kota dengan gaji RM2,000. Aku gaji RM2,500, anak tiga, boleh je? Masih lagi bernafas." demikian tweet seorang wanita di Twitter yang mengundang pelbagai reaksi netizen. 

"Sudah tentu saya bangga masih lagi bernafas. Alhamdulillah. Tak pernah merungut gaji kecil. Usaha tambah income, tidak salahkan sana sini. Tidak merokok satu hal, jimat. Tak ada nak ikut fesyen gaya kini, tak ada nak travel sana sini. Cukup saja di kota raya," katanya.

Bagaimanapun Anis Hafiza berkata, dia seronok dikecam netizen kerana baginya anak-anak muda kini manja sangat sampai tak boleh survive. Malah menasihatkan anak-anak muda perlu berusaha lebih dari merungut. 

Anis Hafiza yang dipercayai seorang kakitangan awam (di sebuah kementerian di Kompleks E, Putrajaya) golongan pelaksana (kewangan) juga berkongsi gambar penyata gajinya yang menunjukkan gaji kasarnya adalah RM2,367 sebulan (termasuk elaun). 


Difahamkan, Anis Hafiza juga memiliki enam buah rumah yang dibeli sejak 2010 hingga 2017. 

"Gaji RM2,000 tak cukup. Kerja nak gomen, kerja nak dalam aircond, jadi runner panas tak ada curlass, tak ada duit, pama ada, handphone nak yang ada trend, kereta nak yang gempak, baru nampak 'have-have'. Cakap manja, sentap gila. Dasar maintenance tinggi. Kahkahkah!" sindirnya pada golongan anak muda yang didakwanya hidup mengikut trend. 

"Kenapa kita rasa gaji RM2,000 tak cukup?
  1. Diri sendiri punya citarasa tinggi
  2. Kita harapkan satu pendapatan aktif
  3. Kita rasa ego dengan diri sendiri
  4. Kita rasa hebat dengan pendapatan aktif kita boleh hidup walaupun kena ikat perut
  5. Masalah malas untuk belajar
"Kenapa aku beli rumah guna wang hantaran? Aku ada sedikit trauma apabila ibu aku sendiri janda ketika aku berusia 6 tahun. Mak ayah aku bercerai tanpa beri nafkah selama beberapa tahun. Melihat seorang mak besarkan anak tanpa nafkah dari seorang ayah, aku tahu erti susah.

"Apabila suami berikan hantaran RM7,000, aku asingkan amaunnya dan ketika itu aku menyewa bujang. Aku sewa dan aku lihat tempat ini bakal naik (seksyen 7 Shah Alam) dan kenapa aku beli, sebab aku nak aset atas nama aku. Aset yang tiada susut nilainya.

"Pada tahun 2010, rumah aku beli RM98,000 dan kini RM220,000 harganya. Walaupun gaji aku kecil, aku nekad ikat perut. Setiap bulan aku catu segala belanja aku. PTPTN aku RM150, kereta kelisa RM363 sebulan. Aku beli rumah RM98,000, bukannya RM200,000. Sudah tentu lepas untuk bergaji kecil. 

"Bila aku trauma ibu aku diceraikan, aku kena fikir secure aku sebagai wanita. Sekiranya aku berkahwin dan jadi seperti ibu aku, aku tak ada tempat tinggal. Mana aku nak pergi sekiranya dihalau kemudian hari? Aku tak ada duit nak pakai kalau suamiku tak berikan nafkah.

"Aku boleh jual rumah yang aku beli dan duit lebihan itu aku guna untuk tampung perbelanjaan anak aku kelak. Aku bukan doa diminta jadi begitu tetapi aku kena secure diri aku dan anak. Bila aku mati, aku boleh wasiat dan wakafkan harta aku pada anak. 

"Aku boleh guna rumah aku beli untuk tampung belanja sekolah dan sudah tentu harta aku diamanahkan dengan betul. Tiada sebab anak aku hidup merempat.

"Rumah kedua 2014, aku beli disebabkan faktor kerja. Aku beli rumah bukan kos rendah, rumah pertama aku pun bukan kos rendah. Aku beli medium kos. Aku tahu rumah kos rendah untuk orang yang berhak dapat. 

"Dari mana aku dapat modal? Aku check berapa baki KWSP akaun dua suami aku. Okay ada banyak ni. Aku paksa dia beli pula. Aku ada simpanan RM8,000 lepas buat modal bayar deposit 10% dan legal fee," jelas Anis Hafiza.

Mendedahkan kepada umum. Anis Hafiza berkata dia mengamalkan pembelian rumah yang tidak dipandang orang atau ayat mudahnya, rumah sampah. 

"Beli flat lima tingkat, orang tak pandang mana. Kita lawan arus. Orang beli rumah 'have-have', aku beli rumah orang tak nak. Rumah ada sampah, aku beli. 

"Gaji sempat waktu tu, kita jimat. Rasa seksa untuk sementara. Rumah satu, kita sewakan kepada student yang tiada asrama untuk menginap," katanya.

Sementara itu, tampil seorang wanita yang mendakwa dirinya adalah bekas penyewa rumah Anis Hafiza, telah menindas dan menghalaunya keluar dari rumah sewa.

"Kakak ini ke yang halau kitorang dulu! Kalau betul, memang bangsatlah! Kaya sebab menindas orang bolehlah. Syabas kak. Semoga akak mati nanti, mayat akak tak berulat," kata Rahimatul Akmal.

"Dia baru beli nga owner rumah tu tak sapa sbule pach mace2 caro dio buat nak ambak sek ore. Aku ingat sampai mati. Rasa nak meleleh air mata menahan marah. Dunia ini kecik rupanya. Moga selamatlah hidup dia walaupun dia tak pernah minta maaf kat kitorang," katanya lagi.




Berdasarkan 'pakar hartanah' itu di Twitter juga ada mengajar golongan pelajar IPT buat duit dengan hartanah di mana mereka perlu menjadi ketua rumah dan mengumpul duit sewa RM200 sebulan dari sembilan rakan serumah sewa.

Dengan jumlah yang terkumpul RM1,800 kemudian ditolak dengan sewa RM1,200, bil TNB RM200, bil air RM100, bil internet RM200 dan baki RM100 masuk ke dalam poket sendiri.

Malangnya, netizen menyifatkan RM100 yang diambil itu adalah duit haram kerana ia berkonsepkan untung atas angin. Lebih-lebih lagi jika RM100 itu tidak diketahui oleh rakan serumah.



Bagi netizen, tidak salah dia berkongsi ilmu mengenai cara membeli rumah. Namun tidak perlu merendah-rendahkan cara hidup orang lain sehingga menyebabkan dirinya dikecam.

Mungkin dia mempunyai cara tersendiri untuk memiliki rumah biarpun hanya bergaji RM2,000 lebih sebulan. Tetapi netizen ambillah yang mana positif untuk diamalkan.

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.