Gadis dirogol dan disamun selepas diperdaya lelaki berpura-pura bertanyakan arah jalan

loading...

SHAH ALAM, SELANGOR - Seorang wanita dirogol sebelum disamun selepas diperdaya lelaki yang berpura-pura bertanyakan arah jalan sebelum mengacu pisau ke arahnya, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian jam 8.30 malam semalam di Sekysen 7, Shah Alam, mangsa, penuntut di sebuah universiti tempatan berusia 22 tahun yang berseorangan baru pulang dari pasar malam di Seksyen 7, Shah Alam, menghala ke sebuah perhentian bas. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, mangsa kemudian didatangi suspek berusia 20-an yang berpura-pura bertanyakan arah jalan pada mangsa. 

"Dalam masa sama, suspek mengacukan pisau dan menarik mangsa ke dalam kereta lalu menghala ke kawasan kilang berhampiran sebuah pangsapuri di Seksyen 7. 

"Selepas memberhentikan kereta di kawasan gelap, suspek merogol mangsa. Suspek turut merampas wang tunai RM100 dan telefon bimbit mangsa sebelum mengarahkan mangsa keluar dari kereta," katanya. 

Mangsa telah dibantu oleh kakaknya membuat laporan di Balai Polis Seksyen 9 selepas kejadian itu, sebelum dibawa ke Hospital Shah Alam untuk pemeriksaan lanjut. 

Kejadian itu juga turut tersebar di aplikasi WhatsApp. 




Shafien berkata, satu pasukan khas telah dikerahkan untuk memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu merogol, Seksyen 392 dan 397 kanun sama, iaitu merompak dengan bersenjata serta cuba menyebabkan kematian atau cedera parah. 

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.