'Dia pegang dan hala kemaluannya pada kami'

loading...

Semenjak kejadian seorang pelajar IPT dirogol dan disamun di Seksyen 7, Shah Alam, semakin banyak kes yang hampir sama berlaku di kawasan itu dan tersebar di media sosial. 

Dalam kejadian jam 2 petang Sabtu lalu, beberapa lima pelajar perempuan yang sedang menunggu bas untuk pulang ke UiTM diganggu seorang lelaki yang berkelakuan tidak senonoh. 

"Saya dan rakan sedang menunggu bas untuk pulang ke UiTM dan ketika itu hanya kami berdua sahaja yang berada di pondok bas. 

"Tiba-tiba seorang penunggang motosikal berhenti di depan kami. Lelaki itu mengeluarkan telefon dan membuat panggilan. 

"Tidak berapa lama kemudian, tiga pelajar perempuan yang lain datang ke pondok bas itu. Saya sedang berbual dengan rakan dan sesekali menoleh ke untuk melihat sama ada bas sudah sampai atau belum. 

"Tetapi saya ternampak lelaki itu sedang memegang dan menghala kemaluannya pada kami, malah dia juga bermain dengan kemaluannya sendiri," katanya. 

Menurut seorang lagi saksi, Nurul Ashikin, mereka terkejut melihat perbuatan lelaki itu lalu menjerit menyebabkan lelaki itu segera melarikan diri dan meninggalkan tempat itu. 

"Dia pakai mask topeng muka dan buat benda tak senonoh. Padahal ada ramai orang di pondok bas dan cuma pada masa itu semua perempuan," katanya. 



Justeru dua pelajar berkenaan menasihatkan golongan pelajar dan penduduk di sekitar kawasan itu berhati-hati dengan kehadiran lelaki berkenaan. 

"Jangan keluar sendirian. Kalau di depan lima orang perempuan pun dia boleh buat begitu, apatah lagi kalau awak seorang diri?" katanya. 

Sumber: Natt Melvin

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.