Baru Balik Umrah Saya Masih Bertudung, Lepas Ini Ya Atau Tidak Harap Doa Yang Terbaik – Fazura

loading...


Selepas pulang dari menunaikan ibadah Umrah, tentu sekali peminat Fazura menyimpan harapan agar beliau terus berhijab. Namun, buat masa ini Fazura belum lagi bersedia sepenuhnya untuk melakukan perkara itu kerana terikat dengan komitmen kerja yang memerlukan beliau tampil tidak bertudung.

Walaubagaimanapun, Fazura berharap agar orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya agar dapat menutup aurat dengan sempurna satu hari nanti.

Saya baru balik dari Umrah dan saya masih bertudung. Tapi selepas ini, ya atau tidak itu saya hanya berharap anda doakan yang baik-baik.Namun saya memang masih terikat pelbagai projek dan lakonan. Seperti anda semua tahu sebagai pelakon, kami perlu membawa pelbagai karakter.Tidak seperti penyanyi kerana mereka boleh membawakan apa sahaja imej yang mereka mahu.


Bertudung memang diwajibkan untuk semua wanita beragama Islam tetapi biarlah ia dilakukan dengan hati yang ikhlas dan terus beristiqamah. Tidak mahu ada kes buka tudung pula nanti kan?

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.