'Baby chair inilah punca Airil dapat virus HFMD'

loading...

"Silap saya sebab malam itu tak bawa baby wipes," demikian kata si ibu yang kesal, anaknya terkena penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang dipercayai diperolehi dari kerusi bayi yang digunakan anaknya di sebuah kedai makan. 

Ibu bapa diingatkan agar sentiasa berwaspada bila bawa anak kecil ke tempat awam seperti, taman permainan, pusat beli-belah, kedai sewaan kereta kawalan jauh dan sebagainya kerana tempat-tempat seperti ini berpotensi untuk mendapat jangkitan penyakit berjangkit. 

SAYA syak baby chair inilah punca Airil mendapat penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Sebab keesokannya Airil demam. 

Silap saya sebab malam itu tak bawa baby wipes. Kerusi itu pun tak nampak kotor, so tak adalah nak lap-lap. Biasa selagi tak kena memang tak beringat. 

Jadi selepas ini, saya dah standby segala protection before and after duduk di mana-mana, kena lap dulu habis bersih. Biarlah orang kata apa pun, yang nak menjaga anak tak sihat itu nanti, kita juga. 














 
Elakkan pergi ke kawasan permainan kalau dah musim HFMD. Pesakit HFMD wajib dikuarantin. Kuarantin bermaksud duduk di rumah sahaja, langsung tak boleh hantar anak ke taska atau sekolah. 

Bagaimana nak sahkan anak terkena penyakit HFMD? Pergi ke klinik dan minta pengesahan doktor untuk mengesahkan anak terkena penyakit HFMD. 

Kepada ibu bapa yang lain, make sure standby dalam handbag antibacterial wipes atau spray, dettol anticeptic, sanitizer ke dan bawa saja pergi ke mana-mana pun. 



Tapi kalau dah kena juga, tak bolehlah nak tolak takdir. Redha dan kuarantin sampai anak benar-benar sihat. 

Sumber: Amrina Meena

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.