Ayda Mungkin Kecewa, Dia Beri Komitmen Tinggi Untuk Bertanding – Pihak Pengurusan

loading...

Baru-baru ini penyanyi Ayda Jebat mencetuskan isu hangat apabila mempertikaikan keputusan juri kerana lagu Mata dendangannya gagal ke AJL 32. Ayda juga menerima kecaman daripada netizen yang berpendapat Ayda seharusnya bersyukur kerana sudah juga mempunyai rezeki dan berjaya ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 32.

Sedar perkara ini telah menimbulkan salah faham dan berkemungkinan membuatkan pihak yang berkaitan dengan AJL 32 terasa, pihak pengurusan Ayda iaitu Paranormal Talents memberitahu,  mungkin apa yang dikatakan oleh Ayda itu adalah luahan rasa kecewa.


Ayda sudah memberikan komitmen yang sangat tinggi dari segi nyanyian serta persembahannya untuk Separuh Akhir Muzik Muzik 32 agar lagu Mata dapat menarik perhatian juri. Malam itu, Ayda berusaha dengan koreografi tarian yang unik dengan kostum yang memukau.


Tidak dinafikan memang akan ada rasa kecewa setelah berpenat lelah memberikan yang terbaik. Walaubagaimanapun, seperti yang kami katakan sebelum ini, belum ada lagi rezeki Ayda untuk ke AJL. Janganlah putus asa dan mempersoalkan keputusan orang lain, usaha lagi sehingga berjaya satu hari nanti.


Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.