'Assalamualaikum PM, tak pergi jenguk-jenguk kat Penang?' - Cuba politikan isu banjir, Nur Fathia dikecam netizen

loading...

Tak belajar dari kesilapan yang sebelum ini, pelakon Nur Fathia Latiff sekali lagi dikecam netizen gara-gara cuba mempolitik isu banjir di Pulau Pinang. 

Netizen mendakwa Fathia sengaja mencari publisiti murahan sehingga sanggup memuat naik tweet yang menghancurkan imejnya sendiri. 


"Kau ingat PM tak ada kerja lain ke? Pasal banjir ini banyak je pihak lain boleh uruskan. Dan kenapa kau tak turun bantu ek?" soal Best_Fish.

"Nak tunjuk baik pula ke dengan tweet baru? Apa yang nyatanya, kau memang jenis artis tak membantu langsung," kata Kekanda Serdang. 

Difahamkan, Fathia juga turut menyekat komen-komen warga Twitter yang mengecamnya. 




Menurut laporan Berita Harian, Datuk Seri Najib Razak bersama dengan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Pulau Pinang pagi ini untuk memantau keadaan banjir di negeri itu dan melawat mangsa-mangsa banjir. 

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.