Apa nilai belajar 6-7 tahun? Lepas habis belajar, menganggur, baik buat produk jual lagi untung

loading...

Timbul perdebatan di media sosial berikutan viralnya artikel ditulis oleh Hidayat Hasni Isa, akan nilai ilmu yang dipelajari selama 6-7 tahun, namun menganggur selepas habis belajar. 

Memetik usaha seorang jutawan kosmetik popular sebagai contoh, beliau tidak menggalakkan anak-anak muda mengikut jejak langkah seperti itu, sebaliknya menjadikan Imam As-Syafie, Imam Ahmad dan Imam Bukhari sebagai contoh di mana ilmu-ilmu mereka dimanfaatkan sehingga ke hari ini.

P***** satu botol, RM160. Usahawan berkenaan kata dia boleh jual sebulan, 100,000 unit. Boleh kira sendiri hasil jualan. (RM16,000.000).

Dalam Instagram, ada video dia dakwa makan P***** boleh sihat. tulang patah boleh sambung, jalan elok balik. Bila aku fikir semula, apa sebenarnya nilai ilmu? Apa nilai kau belajar 6-7 tahun? Selepas habis belajar, menganggur lagi. Dah jadi doktor, pesakit tak nak ikut nasihat, kena maki, kena komplen. Dimalukan.

"Baik buat produk merapu, jual, lagi untung." 

Tetapi itulah kawan-kawan, nilai ilmu bukan pada duit. Kau nak sambung belajar, banyak duit yang mengalir keluar, bukan mengalir masuk. Hari ini orang kurang cerdik tak ada ilmu boleh jadi kaya sebab mempopularkan diri dengan cara yang tidak malu. Kau buat muka selenga lawak kurang cerdik dalam Instagram, banyak viewers, boleh buat paid review masuk ribu riban. 

Yang menuntut ilmu kena ikat perut, jimat duit, bayar macam-macam. Selepas dapat PhD, kena pertahankan ilmu dan kebenaran yang kita junjung itu. Ada risiko kena pulau, kena maki, kena tangkap, dihalang bercakap. 

Imam As-Syafie pergi kembara beribu batu, banyak menghabiskan harta untuk ilmu. Imam Ahmad siap kena penjara. Imam Bukhari kena buang emas yang dia ada ke dalam laut. 

Tetapi tengoklah legasi yang diwariskan. Sampai hari ini kita kenal nama-nama ini. Termasuklah ilmu lain, para ilmuan yang mempelopori ciptaan, inovasi dan penemuan. Sampai ke hari ini manfaat itu boleh dirasai. 

Dan orang-orang yang memperbodohkan diri mereka? Selamat ditelan masa. 

Jadi ini pesan kepada adik-adik yang baru bergraduasi. Akan ada ketika nilai ilmu itu akan dicabar dengan harta. Peganglah ilmu betul-betul sebab ilmu itu khazanah yang lagi hebat dari harta. Ilmu boleh bagi pada semua orang, bersambung pula selepas mati. 

Harta yang kita kumpul, bila mati, kekal di atas bumi. 

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.