'Apa masalah kau ni?'

loading...

KUALA LUMPUR - Viral di media sosial tindakan biadab seorang penunggang motosikal yang menendang kesemua kon yang telah diletakkan oleh peronda lebuhraya. 

Kejadian yang dirakam oleh pemandu kereta yang menunjukkan penunggang motosikal terbabit bukan saja mendatangkan bahaya kepada dirinya, malah pengguna lebuhraya yang lain. 

Beberapa buah kereta yang melalui jalan itu juga hampir terkena kon yang ditendang lelaki terbabit. 

Video yang dimuat naik ke Facebook sejak jam 12.23 tengah hari tadi tidak dapat melihat dengan jelas nombor plat motosikal tersebut, ditambah pula dengan cuaca hujan yang menganggu penglihatan. 

Sementara itu di media sosial, netizen mengecam tindakan penunggang motosikal terbabit yang menyusahkan dan mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya. 

"Ini orang bodoh. Menyusahkan pekerja nak letak balik kon yang ditendang lelaki ini. Kenapa si perakam tak langgar saja bajingan ini? 

"Tak pasal-pasal disebabkan orang seperti ini, jalan jadi sesak berkilo-kilometer panjang. Bodoh dan buat malu je perangai macam hanat!" kata netizen. 

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.