'2 jam mereka berada dalam ketakutan di-usha 2 lelaki ini'

loading...

Dua gadis mendakwa keselamatan diri mereka terancam ekoran dua lelaki yang tidak dikenali memerhatikan mereka sejak dari awal mereka masuk ke sebuah restoran makanan segera di Shah Alam baru-baru ini. 

Tidak diketahui apa motif dua lelaki terbabit, namun mangsa mendakwa mereka terpaksa bertahan selama dua jam di dalam premis itu dari diapa-apakan oleh dua lelaki terbabit. Salah seorang daripada mereka cuba melaporkan perkara itu kepada kakitangan premis tersebut, namun tidak dipandang serius. 

GIRLS please be careful if you see those guys around at Shah Alam ok!! Those f*cking guys have been stalking my friends at KFC nonstop. 

Dua orang classmate I pergi dobi. Then pergi KFC sebab nak lunch, around jam 2 tadi. Elok diorang tengah makan, then they saw those guys usha. Dua orang lelaki itu perhatikan classmate I nonstop guys. Like WTF tengok je classmate I tu. Classmate I nak makan pun tak senang duduk dah.

Then seorang classmate I report di kaunter KFC itu. Then this akak KFC just, 'Hehehe, yeke?'. Like WTF dah kena perhati macam itu diorang masih boleh gelak weh. 

After that, classmate I pun tukar tempat and guess what? Thoses guys follow them to change seat juga weh. Ya Allah, diorang datang lagi dekat kot. 


After that, one of those guy keluar from that KFC, meanwhile yang seorang lagi itu still usha classmate I secara terang-terangan. I don't know apa yang diorang buat. 

Again classmate I tukar seat yang dekat dengan toilet dan tempat basuh tangan. Then that one guy pergi basuh tangan di situ, sedangkan dia tak makan pun. Apa function dia as dia tak makan apa tapi pergi basuh tangan then sengaja lalu depan classmate I itu. Then usha-usha pandang-pandang camtu. Ya Allah. 

Then the another guy masuk balik tau. Diorang tukar lagi seat, duduk seat lama tempat classmate I tu duduk. Memang duduk dekat sangatlah senang cerita. 

Selepas itu, classmate I yang lelaki save the day. Dia datang KFC itu sebab kitorang WhatsApp dia suruh pergi tengok dua girls classmate I tu. 

Then manager KFC itu baru nak ambil tindakan. Dia perhatikan those gusy then those guys keluar dari KFC itu. Nampak sangat kan niat lain. Dua jam kot? 

Bayangkan, dua jam classmate I duduk dalam ketakutan di dalam KFC itu. And the most f*cking is, dua orang lelaki tadi itu masuk kereta and dalam kereta itu ada ramai lagi lelaki. Ya Allah. 

Bayangkan classmate I yang lelaki tak datang, then classmate I tak perasan yang those guys usha diorang. I don't know that will happen Ya Allah, risau sangat time tu. Ramai lagi rupanya lelaki dalam kereta itu. Itu yang paling shocking. Tak tahu nak kata apa, risau sangat. 

Apa pun girls out there, please be careful okay. Especially di Shah Alam, dah berapa kes berlaku baru-baru ini. Please jangan pergi mana-mana seorang diri. Kalau boleh keluar beramai-ramai and if ada kawan lelaki, ajak kawan lelaki. 



Kepada golongan wanita, jika berdepan dengan situasi seperti ini, pastikan sengaja tajam seperti kunci kereta atau apa-apa yang boleh digunakan untuk mempertahankan diri dipegang sentiasa sebagai langkah berjaga-jaga jika suspek bertindak di luar jangkaan. Dalam masa yang sama, sila hubungi ahli keluarga atau kenalan terdekat untuk datang membantu. 

Pihak premis juga sepatutnya respon pada aduan yang dibuat oleh pelanggan kerana keselamatan pelanggan adalah di bawah tanggungjawab pihak premis. Jangan sesekali mengambil mudah pada aduan yang dibuat oleh pelanggan dalam hal sebegini kerana anda mungkin boleh bertindak lebih awal menyelamatkan mangsa. 

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.