'Sudah salah, lagi mau marah?' - Netizen

loading...

SUNGAI NIBONG BESAR, PULAU PINANG - Viral di media sosial rakaman video dashcam yang menunjukkan seorang pemandu yang degil dan enggan mengalah biarpun menyedari dirinya melakukan kesalahan lalu lintas. 

Video berdurasi 1 minit 35 saat itu menunjukkan, kereta pengadu yang masuk mengikut jalan sehala tiba-tiba muncul sebuah kereta yang melawan arus menyebabkan kedua-duanya hampir berlanggar. 


Pengadu sempat menekan brek, bagaimanapun pemandu kereta Toyota berkenaan enggan mengalah dan mahu meneruskan perjalanannya. 

Berang dengan tindakannya itu, pengadu keluar dari kereta memarahi lelaki terbabit dan menjelaskan kesalahannya yang hampir saja menyebabkan kemalangan berlaku. 

Malangnya, lelaki terbabit tidak dapat menerima teguran itu lalu memaki hamun pengadu dan hampir saja keluar dari keretanya, namun ditahan oleh wanita yang dipercayai isterinya. 

Pengadu juga mengarahkan lelaki terbabit mengundurkan keretanya yang jelas sekali melawan arus. 

Sementara itu di media sosial, netizen berpandangan bahawa di zaman moden ini, pihak yang melakukan kesalahan menjadi semakin berani sehingga sanggup menindas mereka yang teraniaya. 

Meskipun begitu, netizen juga menganggap tindakan pengadu yang keluar dari kereta dan memarahi lelaki terbabit sehingga mencetuskan pergaduhan juga adalah salah. Ini kerana katanya, tiada keperluan untuk bergaduh hanya kerana kes kecil. 


Bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku, patuhilah peraturan jalan raya ketika memandu dan hormatlah pengguna jalan raya yang lain untuk kebaikan bersama. Jangan gunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah. 

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.