Suami tampar dan tendang isterinya bakal dipenjara dua tahun

loading...

KUALA TERENGGANU - Pertengkaran yang tercetus di antara pasangan suami isteri sehingga menyebabkan lelaki terbabit gagal mengawal kemarahan lalu menampar dan menendang isterinya dalam kejadian minggu lalu, didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini, lapor Harian Metro. 

Abdul Muhsin Aziz, 39, didakwa mengikut Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara selama dua tahun, jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada mangsa, Tengku Nur Sufrina Tengku Mazman, 25, dalam kejadian di sebuah rumah di Banggol Peradong, Manir, jam 7.30 malam, 18 Oktober lalu. 

Difahamkan, mangsa yang sedang mengemas rumah terkejut dengan kepulangan suaminya dalam keadaan marah dan tiba-tiba memaki hamun mangsa menyebabkan pasangan berkenaan bertengkar. 

Pertengkaran menjadi semakin serius apabila suspek gagal mengawal kemarahan lalu bertindak menampar pipi kanan mangsa, selain ditumbuk dan disepak oleh suspek. 

Majistret Abdul Hayyi Salim membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula pada 30 Oktober depan bagi serahan dokumen dan lantikan peguam. 

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.