Senarai 12 Peserta Gegar Vaganza Musim 4 (GV4) 2017 Diumumkan, Pasti Peminat Teruja

loading...

Akhirnya setelah sekian lama menanti, rancangan kegemaran Admin iaitu Gegar Vaganza akan kembali untuk musim keempat. Boleh tahan juga senarai peserta-peserta yang terlibat untuk GegarVaganza 4 (GV4) ini. Semuanya memang otai-otai dan cukup popular satu ketika dahulu. Tak sabar rasanya nak melihat persembahan mereka setiap minggu bermula 29 Oktober kelak.

Memeriahkan lagi GV4 kali ini kehadiran 2 penyanyi daripada negara jiran kita iaitu Ferhad dari Singapura dan juga Firman Siagian dari Indonesia. Selain itu peserta-peserta lelaki yang lain ialah Aqasha, Lan Kristal, Hazami serta Tia Jinbara. Sementara itu peserta perempuan pula menampilkan Liza Hanim, Aishah, Elyana, Syura, Haida dan Raja Azura. Fuh!!! Memang bukan calang-calang kesemuanya. Serius ini akan menjadi satu pertandingan yang hebat.




Tak sabar rasanya nak bergelak ketawa melihat kelibat Nabil Ahmad, Jihan Muse, Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim setiap minggu. Serius Admin teruja. Korang pula macam mana? Dah ada peserta feveret ke? Kongsikan di ruangan komen.

Video Live Stream - Gegar Vaganza Musim 4 2017 (akan datang)

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.