Sardin penyelamat pantas tatkala keracunan makanan

loading...

Keracunan makanan adalah penyakit yang disebabkan dari pengambilan makanan yang tercemar yang menyebabkan seseorang individu itu mengalami sakit perut, muntah-muntah, demam dan sakit termasuk cirit birit.

Baru-baru ini, viral di media sosial perkongsian dari seorang blogger yang berkongsi cara merawat keracunan makanan di peringkat awal iaitu dengan memakan ikan sardin. Bagaimana? Teruskan membaca di bawah:

SAYA telah pelajari ilmu ini sejak dari awal perkahwinan lagi. Ketika itu, terbaca di salah sebuah laman perkongsian tentang bagaimana sardin boleh dijadikan sebagai penawar sekiranya berlaku keracunan makanan. 

Ada satu ketika, semasa dalam perjalanan pulang ke Kelantan bersama isteri, disebabkan gabungan makanan atau gerai yang disinggah itu kurang bersih, saya telah mengalami keracunan makanan. Badan saya pada ketika itu rasa seperti kurang selesa, seperti keracunan (sebelum ini pernah mengalami keracunan makanan). 

Setibanya di Bandar Raub, saya terus mencari kedai 7-Eleven yang berdekatan. Masuk ke dalam kedai tersebut dan terus mencari tin sardin. Kemudian masuk semula ke dalam kereta, buka tin sardin dan jamah terus seketul ikan sardin itu mentah-mentah. 

Ya, memang tidak sedap pun apabila dimakan terus begitu sahaja. Namun demi penawar yang pantas, saya kunyah dan terus telan. Selepas itu saya menunggu beberapa minit. Terasa badan seperti terkena renjatan elektrik (sekala kecil). Akhirnya selepas lebih kurang 5-10 minit, badan saya kembali cergas seperti biasa. 

Gunakan sardin sebagai penawar keracunan makanan memang berkesan. Saya sudah cuba beberapa kali untuk menangani kes keracunan makanan dan setakat ini Alhamdulillah menjadi penawar segera. 

Andai anda mengalam keracunan makanan dan ketika itu berada jauh daripada hospital atau klinik, bolehlah jadikan sardin mentah ini sebagai penawar pantas. Bagus dijadikan belakang untuk mereka yang selalu pergi berkhemah, untuk dijadikan sebagai penawar, bukan sekadar makanan semata-mata. 

Sardin yang digunakan adalah jenis ikan sardin. Bukan ikan mackerel ya. 

Sumber: Eizil (www.ezil.com)

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.