ROTI CAPATI YANG LEMBUT DAN SEDAP

loading...


Roti“, “Capati“,atau “Pulka“, adalah makanan ruji bagi penduduk di utara India bukan nya di Selatan. Di Selatan India masakan Thosai, Idli menjadi pilihan utama. Di negara kita capati diperkenalkan oleh kaum India Sikh atau Punjabi. Senang cakap kegemaran orang Benggali, tetapi beggali tak suka sangat dengan “roti benggali” yang kita suka pulak. Nama roti benggali kerana yang buat dan jual dari suku kaum punjabi di negara kita. Roti bengali sejenis roti yang keras sedikit dari roti bun biasa sangat sesuai untuk dicicah dengan sup kambing atau dalca.
Tepung untuk membuat capati ini dipanggil, “tepung Atta” ia bukan tepung gandum biasa, walau pun ia kelihatan seperti tepung gandum. Tepung atta ini diperbuat daripada bijiran gandum jenis yang keras dan biasa digunakan untuk membuat pasta. Cara buat capati amat mudah dan ringkas. Dulu Tepung ini murah dari tepung gandum tetapi kini tepung ini lebih mahal dari tepung gandum pulak dah.
BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:
– 2 cawan tepung atta.
– 2 sudu besar minyak masak.
– 1 sudu besar yogurt (nestle natural) atau 2 sudu besar susu.
– 1 cawan Air suam kuku atau biasa. Sukatan kiraan air, 50 peratus dari tepung sekiranya berat tepung 100gm airnya lebih kurang 50ml.
– 1/2 sudu kecil garam atau ikut kemasinan anda.
CARA-CARA MEMBUATNYA:
1. Masukkan tepung dalam sebuah bekas uli dan masukkan garam dan kacau rata. Masukan air suam / sedikit demi sedikit dan masukkan yogurt sekali. Sebatikan tepung dengan air, anda akan dapat doh yang melekit pada tangan anda, Pada masa ini lah anda PERLU masukkan minyak masak 2 sudu besar pada doh ini. Minyak akan kurangkan kemelekitan doh. Boleh juga tambah sedikit minyak masa ulian pada tangan anda atau bekas uli. Uli selama 5 minit sehingga permukaan doh menjadi licin dan doh yang lembut. Doh yang lembut boleh diuji dengan cucuk jari anda pada doh ia tinggalkan bekas jari anda.
2. Ini penting! bila siap doh, simpan / perap doh dibungkus “plastic wrapper” atau dalam bag pelastik atau tutup bekas uli doh bersama doh yang telah uli dengan kain basah selama satu jam. Ini perlu untuk minyak bertindak ke atas “gluten” tepung untuk tidak lagi mengeraskan tapi bila rantaian yang lembut. Selepas 1 jam anda boleh rasa sendiri doh akan menjadi sangat lembut dari asal.
3. Bahagikan doh dan mula buat bebola sebesar buah lemon. Berbola yang bulat sempurna boleh dihasilkan dengan roll menggunakan kedua-dua tapak tangan dengan beralas sedikit tepung. Jika bebola ini melekit di tangan semasa membentuk bola,tapi jangan banyak sangat nanti jadi keras pulak.
4. Ambil bebola capati ini leperkan sedikit di tapak tangan anda dan tekapkan dalam bekas tepung (boleh guna tepung gandum biasa) dan tepuk sedikit untuk hindarkan tepung berlebihan (Ingat tambah tepung anda keraskan doh jadi guna paling minima.
5. Tempatkan dalam papan lenyek. Leperkan permulaan dengan 90 darjah, memanjang 6 inci panjang. selepas itu pusingkan doh telah leper itu ke 45 darjah dan leperkan juga sepanjang 8 inci. Selepas 45 darjah sekali sepanjang 6 inci. Jangan tekan kuat sangat roller biarkan bergerak sendiri. Hasilnya anda akan dapat capati yang bulat sekata 8″. Sebelum anda leperkan satu lagi doh, sapukan senipis (dusting) tepung ke atas permukaan capati belum dibakar supaya kepingan itu tidak melekat pada permukaan kertas alas.
5. Panaskan kuali leper . Panaskan kuali leper dengan api keras dapur. Kulai kena betul-betul panas. Cara mengujinya ialah bila kita renjis air pada kuali leper panas itu..air renjisan kena sejat dengan 1 atau 2 saat saja. Ini penting yea. Roti yang bakar perlu cepat.
6. Sebelum masukkan capati yang belum bakar itu untuk dibakar di atas kuali leper, tepuk sedikit di antara dua tapak tangan supaya tepung yang berlebihan disapukan semasa leperkan akan gugur. Tepung ini perlu dinyahkan apabila dimasak di atas kuali kerana tepung ini akan bakar dan memberi bau dan rasa yang pahit pada capati.
7. Bila permukaan atas capati kering saja , dengan cepat terbalikan capati itu dan putarkan capati itu dengan kain atau tisu kitchen towel supaya ia bakar rata. Dengan pantas terbalikan kembali..(masa kurang kurang dari 1 minit) . Anda boleh lihat permukaan ini telah masak. (kalau nak gelumbong boleh kenakan sedikit tekanan ke atas capati anda dengan kain tadi.
8. Bahagian yang telah masak, sapukan sedikit minyak / majerin atau Minyak sapi pada permukaan capati itu. Jangan terlalu banyak nanti capati anda berminyak pulak. Sekarang dengan cepat juga terbalikan permukaan bawah dan sapukan minyak juga. Keluarkan dan Capati anda telah siap.
9. Seluruh proses pembakaran yang mamak haji terangkan di atas tempuh masanya cuma 2-3 minit saja. Kena pantas bakar capati ini kuali leper akan menjadi cepat panas. Jangan sampai hangit atau terlalu masak kering, nanti capati anda menjadi biskut pulak.
Sebenarnya resepi capati ini sungguh mudah. Jangan terkejut dengan tulisan panjang lebar Mamak haji yang memberi penerangan dan tip-tip masak capati. “Practice make Perfect”. Sekali anda cuba…buat capati mcm baca ABCD…Kena cuba dulu…

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.