'Hati-hati, lelaki ini pukau dan ambil semua barang kemas nenek saya!'

loading...

Viral di media sosial, status Facebook seorang wanita yang meminta orang ramai berhati-hati dengan seorang lelaki yang sedang giat memukau mangsa-mangsanya di kawasan Tanjung Karang dan Sekinchan. 

Status yang dimuat naik sejak 8.19 malam semalam itu kini dikongsi lebih dari 600 pengguna Facebook. 

Menurut Siti Azarina, barang kemas milik neneknya itu diambil oleh lelaki terbabit dalam kejadian tiga minggu lalu dan baru semalam menceritakan kejadian itu kepada mereka kerana bimbang dimarahi oleh anak-anaknya.

"Perhatian, tolong berhati-hati dengan lelaki ini. Kes pukau menjadi lagi. Dia menunggang motosikal jenis LC baru berwarna kuning. Tetapi nombor platnya tidak dapat dikesan. 

"Namanya, Jamalludin Ibrahim, dan kini berkeliaran di kawasan Tanjung Karang dan Sekinchan. 

"Nenek saya baru kena pukau, habis semua barang kemasnya diambil. Bukan nenek saya saja yang kena, malah ramai lagi yang sudah menjadi mangsanya. Tolong berhati-hati ye kawan-kawan di luar sana. 

"Laporan polis telahpun dibuat di Balai Polis Tanjung Karang. Ramai juga yang buat laporan polis mengenai lelaki ini di Balai Polis Sekinchan. Saya dapat gambar dan nama dia dari Balai Polis Sekinchan. 

"Terima kasih banyak kepada yang membantu. Harap lelaki ini dapat segera ditangkap. Takkan selamat kau Jamal! Kau tunggulah balasannya!" tulisnya. 

Orang ramai khususnya warga emas di sekitar dua kawasan yang disebutkan berhati-hati agar tidak menjadi mangsa yang seterusnya. 

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.