Enggan pulangkan kereta sewa, lelaki tikam dada dan perut pemilik kereta

loading...

KUALA KETIL, KEDAH - Pemilik kereta sewa Perodua Axia, cedera ditikam dengan pisau selepas penyewa bersama tiga lagi rakannya enggan memulangkan kereta tersebut, lapor Sinar Harian

Dalam kejadian jam 9 malam tadi di Taman Orkid, mangsa, Muhammad Helmy Husnizam Syah Baharzam Shah, berusia lingkungan 30-an cedera di bahagian dada dan perut akibat ditikam. 

Sebelum kejadian, mangsa bersama rakannya, Muhammad Aqil Abdul Haris, 25, terserempak dengan kereta itu di susur Orkid 7, Taman Orkid Kuala Ketil, lalu beritndak mengejar penyewa terbabit. 

Difahamkan, sebelum peristiwa berdarah itu berlaku, mangsa telah cuba menghubungi penyewa terbabit, malangnya panggilan itu tidak dijawab biarpun beberapa kali dihubungi. 

"Kawan saya telefon banyak kali agar mereka lelaki itu memulangkan semula kereta dan menjelaskan bayaran bagi tempoh masa tambaha, tetapi tiada sebarang respon. 

"Akhirnya kawan saya terserempak dengan kereta miliknya itu di kawasan Taman Orkid sebelum ditikam selepas mengejar lelaki itu dan rakannya," kata seorang lagi rakannya, Muhammad Yasir Amboala, 27. 

Sementara itu, polis mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan. 

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.