Dua beradik rogol adik tiri lebih daripada 30 setiap seorang, sehingga melahirkan bayi lelaki

loading...

SUNGAI PETANI, KEDAH - Dua adik beradik berusia 15 dan 13 tahun ditahan polis selepas dipercayai merogol adik tiri mereka sehingga melahirkan bayi lelaki, semalam, lapor Harian Metro

Difahamkan, mangsa berusia 13 tahun sebelum itu mengadu kepada ibu tirinya (pengadu), dia mengalami sakit perut sebelum dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk pemeriksaan kira-kira jam 3.30 pagi semalam. 

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shariffuddin Yusof berkata, siasatan awal mendapati, ibu tiri mangsa, 45, tidak mengetahui bahawa anak tirinya itu mengandung kerana mangsa tidak menunjukkan sebarang perubahan dan tidak pernah dimaklumkan mengenai apa yang berlaku. 

Selepas wanita itu membawa mangsa menjalani pemeriksaan, doktor mengesahkan mangsa mengandung dan sejurus itu mangsa melahirkan bayi lelaki. 

"Mangsa yang tinggal di KualaKetil dipercayai telah dirogol oleh dua abang tirinya lebih daripada 30 kali setiap seorang sejak pertengahan 2015 sehingga Disember 2016. 

"Mereka melakukan perkara itu ketika ibu bapa mereka tiada di rumah," katanya. 

Susulan laporan dibuat oleh ibu tiri mangsa, polis telah menahan kedua-dua suspek di rumah mereka kira-kira jam 12 tengah hari semalam. 

Kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 2 November depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan. 

Sumber: Harian Metro

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.