'Dia Bukan Ayahanda' – PEKIDA Tidak Mahu Dikaitkan Dengan Boy Iman

loading...


Dua hari lalu, polis telah menahan Pengarah Urusan DBI Properties Datuk Nuruliman A Rahman atau lebih dikenali sebagai Boy Iman berhubung dakwaan penipuan jualan rumah berjumlah RM6.2 juta. Beliau kemudian dibebaskan namun ditahan semula untuk membantu siasatan lanjut.
Susulan kes ini, ramai yang mengaitkannya dengan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (PEKIDA) kerana Boy Iman pernah mengaku dirinya ‘ayahanda’. Ini respon Pengerusi Perhubungan PEKIDA, Rohaida Roslan.

Ditahan semula bantu siasatan



Foto Kredit : My Metro

Menurut laporan My Metro, Boy Iman ditahan reman selama dua hari bagi membantu siasatan kes. Suspek dilihat dibawa ke mahkamah dengan tangan bergari dan dipeluk erat anggota polis kira-kira 9 pagi tadi. Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Muar, Nor’ Iza Mohamed.
Sementara itu, Pengerusi Perhubungan PEKIDA Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Majlis Tertinggi PEKIDA Malaysia, Rohaida Roslan tidak mahu Boy Iman dikaitkan dengan pertubuhan itu kerana dia tidak pernah diiktiraf sebagai ayahanda seperti yang digembar gemburkan.

Boy Iman bukan ayahanda


Boy Iman tak pernah diiktiraf sebagai ayahanda Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (PEKIDA). Jadi, kami harap orang ramai jangan kaitkan dengan PEKIDA
Ketika serbuan polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, mereka merampas pelbagai sijil termasuklah watikah pelantikan Boy Iman sebagai Ayahanda di Cheras.

Gelaran ayahanda bukan diberi secara sebarangan dan dalam PEKIDA sendiri, hanya dua individu yang berhak memberi gelaran ini kepada seseorang iaitu Presiden PEKIDA Malaysia, Jamaludin Yusof dan Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Roslan Dahaman

Rohaida berkata, gelaran ayahanda yang diguna Boy Iman diterima menerusi sebuah pertubuhan dikenali sebagai Majlis Jemaah Cochrane (MJC). Datuk Abdul Halim Ali selaku Presiden Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS) menganggap tindakan Boy Iman itu memalukan.
Bagaimanapun, Abdul Halim berkata, tindakan (penipuan) pelakon itu bersifat peribadi dan bukanlah mencerminkan sifat individu berstatus ayahanda secara keseluruhannya.

Sumber : Harian Metro

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.