'Dalam FB nampak menarik, realitinya resort macam Reban Ayam' - Pengadu

loading...

Indah khabar dari rupa. Percutian yang dirancang, akhirnya terpaksa dilupakan apabila tempat tinggal yang telah dibayar depositnya, tidak kelihatan seperti yang diharapkan oleh pengadu. Malah katanya, apa yang dinampak di depan mata sangat jauh berbeza dengan gambar yang dikongsikan dalam Facebook resort berkenaan. 

Difahamkan, pengadu juga telah membuat laporan polis bagi mendapatkan semula wang deposit yang telah dibayar, berikutan tiga kakitangan resort berkenaan memungkiri janji untuk mengembalikan wang deposit itu kepada pengadu sehingga ke hari ini. 

PERCUTIAN keluarga yang dirancang selama sebulan lalu, akhirnya memakan diri apabila ditipu dengan janji-janji yang indah dari sebuah resort yang beroperasi di Janda Baik. 

Resort yang terletak di Janda Baik, Pahang telah menipu dan menganiaya percutian kami. 

Kami seramai 24 orang telah sepakat memilih Saloma Villa untuk penginapan kami selama tiga hari dua malam di resort tersebut. Ini kerana setelah melihat gambar-gambar di Facebook page resort itu, kami berpuas hati kerana kami memang mencari suasana kampung untuk percutian kali ini. 

Pada mulanya saya telah berhubungan dengan kakitangan bernama Nini melalui aplikasi WhatsAp untuk urusan booking dan pertanyaan lain seperti kemudahan yang ada disediakan di sana. 

Nini kemudian meminta saya membayar 50 peratus sebagai deposit untuk lock date bagi tarikh yang telah dipersetujui. Saya telah membayar deposit sebanyak sekian jumlah (tidak dinyatakan) pada 28 September 2017 bagi penginapan kami selama tiga hari dua malam iaitu pada 16 dan 18 Oktober 2017. 

Pada hari yang telah dijanjikan, setibanya saya bersama ahli keluarga yang lain di resort itu, alangkah terkejutnya kami dan berasa sangat-sangat kecewa kerana resort tersebut seolah-olah seperti villa yang telah lama ditinggalkan dan tidak diselenggara. 


Saya telah meminta kunci villa dari kakitangan warga Indonesia yang bekerja di situ. Setelah memasuki di dalam villa berkenaan, kami mendapati keadaan villa itu tidak kemas sama sekali. 

Dengan keadaan tilam-tilam dan cadar yang bersepah, sampah yang banyak tidak dibuang, juga keadaan kolam renang yang berlumut, berlendir sehingga air kolam tersebut telah bertukar menjadi warna hijau. Nyamuk dan lalat juga teramatlah banyak dan mungkin disebabkan sampah sarap dan tempat tersebut tidak terurus dengan baik. 









Memandangkan kami yang datang dari jauh dan ada ahli keluarga yang lain mempunyai bayi yang masih kecil, jadi kami tidak mahu mengambil risiko untuk tinggal di villa berkenaan. 

Dengan hati yang kecewa, saya telah menghubungi Nini dan meluahkan ketidakpuasan hati kami dengan keadaan villa sebegitu rupa. Saya juga telah meminta Nini untuk mengembalikan semula wang deposit kami. Nini bersetuju untuk membayar deposit 100 peratus pada keesokan harinya sebelum jam 10 pagi. Tetapi malangnya sehingga ke hari ini, kami masih belum mendapat semula wang deposit kami seperti yang dijanjikan oleh kakitangan resort iaitu, Nini, Intan dan Mimi. 

Sumber: Siti Hajar

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.