Baru cas 3 minit, skrin iPhone 8 Plus dah tercabut

loading...

TAIWAN - Baru-baru ini, seorang wanita yang dikenali sebagai Wu, membeli model terbaru iPhone, iaitu iPhone 8 Plus 64 GB yang dibayar secara ansuran bulanan. 

Ketika telefon pintarnya itu menunjukkan hanya 70% baki bateri yang tinggal, Wu menyambungkan kabel pengecas ke iPhonenya. Bagaimanapun tiga minit selepas itu, alat peranti itu mula merekah dan skrin tercabut. 

Wu segera mencabut kabel pengecas dari iPhone itu dan bercadang mahu menghantar kembali kepada pihak Apple untuk diperiksa dan dibaiki. 



Sementara itu, Wu masih tertanya-tanya, apa dan bagaimana kejadian itu boleh berlaku sedangkan dia menggunakan alatan pengecas yang disediakan dalam kotak iPhone 8 Plus berkenaan, bukannya alat pengecas yang lain. 

Dalam satu kes berasingan, seorang netizen dari Jepun pula berkongsi gambar iPhone 8 Plus yang baru dibelinya di laman Twitter. Malangnya, ketika membuka kotak iPhone itu, papan skrin peranti berkenaan sudah tercabut. 




Ekoran dua insiden yang tidak dijangkakan itu, jurucakap dari Apple mengesahkan mereka mengambil maklum mengenai isu berkenaan dan sedang melakukan siasatan. 

Dalam kedua-dua kes itu, dipercayai bahawa bateri adalah punca masalah itu berlaku. Secara terperinci, bateri itu tidak meletup tetapi mengembung, yang bertindak sebagai menkanisme keselamatan bagi mencegah berlakunya letupan dan terbakar. 

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.