Anggota Polis dah di depan mata pun nak bertumbuk lagi

loading...

PUCHONG - Viral di media sosial video enam lelaki bergaduh selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Damansara Puchong, berhampiran pusat beli-belah, IOI Mall, Puchong, semalam, lapor Harian Metro. 

Dalam kejadian jam 1.15 petang semalam, berlaku kemalangan yang membabitkan kereta Proton Satria Neo dengan Toyota Vios lalu menyebabkan pergaduhan di antara kedua-dua pihak. 

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu terus mengarahkan sepasukan anggota unit kereta peronda (MPV) ke lokasi kejadian. 





“Semasa anggota tiba di lokasi, didapati berlaku pergaduhan antara pemandu kenderaan terbabit dan anggota mengarahkan supaya mereka bersurai tetapi mereka enggan mematuhi arahan polis.

"Malah, pemandu kereta Proton Satria Neo bertindak masuk ke dalam kereta dan mengundurkan kenderaan dengan laju serta melanggar kereta Toyota Vios terbabit.

"Kejadian turut menyebabkan kereta MPV polis yang berada di belakang kereta Toyota Vios turut dilanggar akibat rempuhan kuat itu," katanya.



Susulan kejadian itu, pihak polis telah menahan enam suspek berusia 40-an dan kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk tindakan lanjut. 

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.