Anggota APM nafi guna kaedah salah selamatkan tapir, sebaliknya haiwan itu telah dijerut dan diikat dengan tali oleh orang ramai

loading...

HULU LANGAT, SELANGOR - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) memandang serius kes seekor tapir mati dipercyaai akibat penggunaan kaedah pengendalian penyelamatan yang kurang sesuai, lapor Harian Metro

Dalam kejadian jam 1.30 pagi di Taman Desa Saujana, Batu 14 Hulu Langat, semalam, tapir berkenaan dipercayai mengalami keletihan dan tertekan akibat dijerut dengan tali di bahagian leher ketika diselamatkan, juga menjadi punca haiwan karnivor itu mati. 

Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, orang awam tidak sepatutnya mengambil tindakan sewenang-wenangnya menyelamatkan haiwan seperti tapir yang tersenarai sebagai spesis haiwan yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta 716. Sebaliknya mereka perlu menghubungi Perhilitan. 

"Kematian tapir ini akan memberi kesan kepada populasi hidupan liar di habitatnya dan atas faktor itu, kita memandang serius kes ini. 

"Bagaimanapun, punca kematiannya akan ditentukan melalui bedah siasat yang dijalankan," katanya. 

Tapir terbabit pada awalnya terperangkap di longkang


Siasatan awal mendapati, ada bahagian badan haiwan itu iaitu kulit, telinga, kaki kanan di hadapan dan belalai telah dipotong.

Abdul Kadir berkata, mana-mana individu yang mengambil bahagian haiwan dilindungi itu boleh disabit di bawah Seksyen 68 dan boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau dipenjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.




Sementara itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menafikan anggotanya menggunakan kaedah salah ketika menyelamatkan tapir berkenaan. Sebaliknya APM mendakwa haiwan itu telah dijerut dan diikat dengan tali oleh orang ramai sebelum anggota APM dan bomba tiba di lokasi kejadian. 


Dalam kenyataan APM yang dikeluarkan tadi memaklumkan satu siasatan telah dijalankan dan pihaknya mendapati tindakan awal sudah diambil orang ramai untuk mengangkat haiwan itu yang terperangkap di dalam longkang. 

Ketika anggota APM tiba, tapir itu berada dalam keadaan sangat lemah dengan kecederaan di bahagian kepala dan badan selain bahagian leher sudah diikat dengan ketat menggunakan tali. 

Anggota APM dan bomba yang ada ketika itu kemudian mengambil keputusan untuk membuat sergahan dan menepuk punggung tapir itu tanpa perlu menarik ikatan pada bahagian leher. Usaha itu berjaya dan tapir terbabit berjaya dinaikkan ke tebing sebelum rebah di atas jalan. 

Saksi kejadian

Anggota APM dan bomba kemudian mengambil keputusan mengikat tali pada kaki tapir itu bagi memudahkan kerja memotong tali yang terikat di leher haiwan itu menggunakan alat pemotong. Bagaimanapun sebaik saja tali berjaya dipotong, anggota APM yang membuat pemeriksaan nadi mendapati haiwan itu sudah tidak bernyawa. 

Sehubungan itu, APM menegaskan bahawa keadaan tapir berkenaan sememangnya sudah tidak bermaya ketika ketibaan anggota APM di lokasi dan anggotanya sudah menjalankan tugas sebaik mungkin bagi mengelakkan lebih banyak kecederaan yang berlaku pada tapir terbabit. 

Pihak APM juga turut berasa hiba dengan insiden berikutan haiwan dilindungi itu gagal diselamatkan. 

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.