Viral sampai jumpa pasangan kekasih ini curi iPhone 7

loading...

JOHOR BAHRU - Rakaman video satu pasangan kekasih mencuri iPhone 7 di sebuah kedai alat telekomunikasi, viral di media sosial sejak dimuat naik jam 3 petang tadi.

Menurut Dewi Siti Nuraisyah, kejadian itu berlaku di sebuah kedai telekomunikasi yang baru saja dibuka di Jusco Tebrau, ketika kakitangannya sedang sibuk melayani pelanggan. 

"Mereka datang tak tanya apa-apa. Kebetulan tiga orang kakitangan sedang sibuk, manakala dua lagi kakitangan keluar. 

"Di dalam kesempatan itu, lelaki terbabit melakukan kerja-kerja yang tidak bertanggungjawab itu," katanya. 



Selain itu, Dewi menjelaskan mereka tidak menyedari laci almari pameran itu rosak, menyebabkan lelaki itu dengan mudahnya dapat mencuri iPhone 7. 

Berdasarkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 1 minit 13 saat itu, pasangan itu masuk ke kedai berkenaan dan terus berdiri berhampiran almari pameran itu. Pasangan itu dilihat berpura-pura menunggu giliran mereka untuk dilayani. 

Namun dalam kesibukan kakitangan kedai itu, suspek lelaki cuba membuka laci almari pameran itu sedikit demi sedikit, sementara kekasihnya berkelakuan seperti biasa bagi mengelak perbuatan mereka terbongkar. 

Setelah berjaya membukanya, suspek terus mengambil satu kotak iPhone 7 lalu disembunyikan dalam bajunya sebelum mengajak kekasihnya segera beredar dari situ. 


Ekoran kejadian itu, Dewi meminta orang ramai menyebarkan video kejadian dan gambar pasangan berkenaan agar mereka dapat ditangkap. Malah Dewi juga akan memberi ganjaran kepada mana-mana individu yang berjaya menemui pasangan berkenaan. 

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.