(VIDEO) “Kak Sajat, Pian Minta Maaf Sebab Pian Dah Keterlaluan. Pian Mengaku Pian Bersalah.”

loading...


Seorang pemuda membuat permohonan maaf secara terbuka selepas mempersendakan wajah anak angkat usahawan komestik terkenal, Nur Sajat.

Dikenali sebagai Pian Kpop menerusi akaun Instagram, dia pada Khamis malam mengakui tindakannya itu agak keterlaluan.

“Kak Sajat, Pian minta maaf sebab Pian dah keterlaluan. Pian mengaku Pian bersalah. 

“Jadi, Pian harap Kak Sajat maafkan Pian dan janganlah saman Pian. Di atas kesempatan ini, Pian ingin menyusun 10 jari maafkanlah Pian sangat sangat,” katanya menerusi video yang dimuat naik di laman sosial sambil menggelarkan dirinya sebagai ‘artis Kpop nombor satu Malaysia yang bertapak di Kelantan’.

Pian yang turut berjanji tidak akan mengulangi perkara itu memberitahu, tindakan keterlaluan tersebut dibuat semata-mata mahu meraih perhatian Sajat.

“Bukan apa, Pian nak perhatian daripada Kak Sajat sebab semua orang tidak mahu ambil perhatian pada Pian.

“Minta maaf Kak Sajat,” katanya yang sekali lagi memohon maaf dengan nada sebak sebelum mengalirkan air mata. 

'Posting' yang mempersendakan wajah anak angkat Sajat di laman sosial.

Terdahulu, Pian yang terkenal dengan video parodi di laman sosial memuat naik gambar Sajat bersama dua anak angkatnya pada Rabu.

Bagaimanapun, wajah dua anak angkat Sajat itu disunting dan digantikan dengan gambar Pian, sehingga menimbulkan kemarahan netizen termasuk Sajat.


Usahawan kosmetik itu menerusi laman sosialnya kemudian memberi amaran untuk mengambil tindakan terhadap Pian berikutan lawaknya yang keterlaluan.

“Jangan suka-suka hati nak buat lawak yang tak ada kualiti. Awak dah masukkan gambar saya dan edit muka anak saya. Awas!,” tegas Sajat. 

Bagaimanapun gambar yang dimuat naik Pian mempersendakan wajah anak angkat Sajat itu telah pun dipadam, disusuli dengan video permohonan maaf.

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.