Suspek Langsung Tak Tunjuk Rasa Menyesal Bakar Pusat Tahfiz, Minta Maaf Pun Tak Pernah

loading...

Suspek Langsung Tak Tunjuk Rasa Menyesal Bakar Pusat Tahfiz, Minta Maaf Memang Taklah


Sabtu lalu, polis telah mengesahkan kes ini sudah diselesaikan dengan penangkapan tujuh suspek.

Kesemua suspek itu muda remaja lagi, mereka ialah lelaki yang berumur dalam lingkungan 11 dan 18 tahun.

Dikhabarkan ada suspek yang ditangkap tidak menunjukkan sebarang penyesalan terhadap perbuatan kejam membakar pusat tahfiz itu.

Kebakaran besar itu telah menyebabkan seramai 23 nyawa penghuni pusat tahfiz tersebut terkorban termasuk pelajar tahfiz dan juga warden sekolah berkenaan.

Menurut sumber seperti yang dilaporkan New Straits Times (NST), ada suspek hanya menunjukkan riak muka tidak bersalah semasa disoal siasat tentang apa yang telah terjadi.

Ini pendedahan dari sumber:

“Mereka seolah-olah tidak menyesal dan tidak meminta maaf langsung kerana telah menyebabkan tregedi itu berlaku.

“Mereka hanya memandang bawah apabila dilontarkan pertanyaan. Mungkin mereka sedar yang mereka memang bersalah.

“Tiada tangisan atau apa sahaja perlakuan yang menunjukkan mereka menyesal dengan perbuatan mereka termasuklah suspek yang paling muda sekali,”


Ada penduduk di sekitar pusat tahfiz berkenaan menyatakan memang menjadi kebiasaan remaja-remaja berpeleseran di Taman Tasik Dato’ Keramat tersebut.

Ada juga penduduk yang mendakwa mengenali wajah mereka berdasarkan gambar-gambar yang tular pada Sabtu lalu.

“Mereka yang ditangkap merupakan penduduk sekitar sini. Saya telah melihat mereka menunggang motosikal berkali-kali di sini.

“Dari apa yang kami (penduduk) faham, kebanyakan mereka merupakan pendatang asing yang telah tinggal di Dato Keramat. Mereka dilahirkan di sini tetapi tidak bersekolah,”


“Perkara itu sudah bertahun terjadi di kawasan tasik berkenaan. Kadang-kala boleh nampak sekumpulan budak-budak yang berkeliaran di sekitar tasik,”

Terdahulu, pihak polis telah berjaya menangkap ketujuh-tujuh suspek di antara pukul 6.30 pagi Jumaat dan 2.30 pagi Sabtu dari beberapa lokasi berbeza di sekitar Dato’ Keramat.

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.