Suspek datang balai beri keterangan dan terus ditahan untuk siasatan

loading...

KUALA LUMPUR - Susulan video seorang lelaki bertengkar dengan dua anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) viral di media sosial, polis telah menahan pemandu kereta Perodua Myvi berkenaan, lapor Berita Harian. 

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, lelaki berusia 39 tahun itu telah ditangkap pada jam 6.30 pagi tadi ketika dia tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras untuk memberi keterangan. 

Difahamkan, anggota penguat kuasa DBKL terbabit juga sudah tampil membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Sentul, semalam. 

Berdasarkan laporan, anggota berkenaan mendakwa kejadian berlaku ketika dia bersama rakan setugas dan dua pekerja syarikat kunci tayar menjalankan operasi di Taman Segar, Cheras pada jam 12.46 tengah hari. 

"Dalam operasi itu, pengadu (anggota DBKL) dan rakannya mengunci tayar sebuah kereta Perodua Myvi kerana melakukan kesalahan meletak kenderaan di luar petak. 


"Tidak lama kemudian selepas menerima arahan dari pusat kawalan DBKL, pengadu datang semula ke lokasi berkenaan untuk membuka kunci tayar kereta itu kerana pemiliknya mahu membayar denda. 

"Bagaimanapun kedua-duanya dipercayai berselisihan faham sehingga mencetuskan pertengkaran dan insiden tolak menolak," katanya. 

Kok Sin berkata, siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan Seksyen 506 kanun sama kerana melakukan ugutan jenayah," katanya. 

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.