Sayangnya kucing putih ini pada arwah Tokwan

loading...

LANGKAWI, KEDAH - Viral video seekor kucing enggan berganjak dari kubur arwah Tokwan kepada Zarul Hisham dan Soffuan, malah cuba digali tanah kubur berkenaan di waktu pengebumian sedang berlangsung. 

Gambar dan video yang dimuat naik oleh Soffuan sejak jam 2.11 petang tadi, telah ditonton 1.2 juta kali dan dikongsi 16,000 lebih pengguna Facebook. 

"Assalamualaikum. Tok Wan saya, Ismail bin Mat, telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Kelibang.

"Ada kejadian berlaku semasa membaca talqin, seekor kucing putih datang mengelilingi kubur arwah. Sungguh besar kekuasaanMu Ya Allah. 

"Semasa arwah Tokwan saya di dunia, dia seorang yang cinta kepada kucing. Harap Tokwan ditempatkan dengan orang yang beriman. 


"Kasih sayang Tokwan kepada kami cucu 38 orang daripada 12 anaknya tiada ganti. Terlalu banyak kenangan manis yang kami takkan lupa sampai bila-bila. Kami sayang sangat-sangat kat Tokwan. Moga tenang di sana, Al-Fatihah," tulisnya.





Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.