'Pemandu bas gila! Habis kena kereta aku!' - Mangsa

loading...

PUCHONG, SELANGOR - Susulan viral video sebuah bas yang memandu secara berbahaya yang didakwa cuba melarikan diri selepas melanggar sebuah kereta, pihak Rapid KL tampil meminta orang ramai memberi ruang kepada pihaknya untuk melakukan siasatan. 

"Kami akan lakukan siasatan segera terhadap kejadian di atas dan kami memohon kerjasama baik dari semua pihak untuk memberi ruang agar siasatan penuh dapat dilakukan sebaik mungkin oleh pihak kami untuk tindakan seterusnya. 

"Pihak Rapid KL juga akan menghubungi Encik Rosli di atas perkongsian ini. Semoga hal ini tidak dipanjangkan sehingga siasatan selesai," kata kenyataan Rapid KL. 


Dalam video berdurasi 1 minit 35 saat itu menunjukkan pemandu bas berkenaan cuba membuat Pusingan U di tempat yang tidak dipercayai selepas terlanggar sebuah kereta Honda yang dipandu oleh seorang lelaki bersama isteri dan anak kecilnya. 

Biarpun bas berkenaan tersangkut, pemandunya tetap berusaha untuk melarikan diri. 

"Pemandu bas gila. Pemandu bas gila lah! Lari, lari, lari, dia undur, dia undur. Habis kena kereta aku, habis. Dengan anak kecil lagi. Gila bas ni.Habis kena kereta aku, habis! Aduh!" kata mangsa. 

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.