Pegawai polis dikecam netizen kerana mengasari wanita dan bayinya

loading...

SHANGHAI, CHINA - Seorang pegawai polis dikenakan tindakan tatatertib selepas video tindakannya mengasari seorang wanita dan bayi perempuannya tersebar di media sosial.

Dalam kejadian Jumaat lalu, di Daerah Songjiang, pegawai polis berkenaan dikecam netizen kerana tindakannya menjatuhkan wanita berkenaan dengan kasar sehingga menyebabkan bayi wanita itu juga terjatuh dan mukanya terhempap ke lantai. 

Berdasarkan video tersebut, wanita berkenaan dilihat bertikam lidah dengan pegawai terbabit dan sesekali berundur daripada terus dihampiri pegawai berkenaan. 



Kemudian wanita itu dilihat mula menolak badan pegawai berkenaan sebelum dia dijatuhkan dengan kasar atas dakwaan telah memukul dan menampar pegawai berkenaan.



Wanita berkenaan dan anaknya telah dibawa ke hospital susulan kejadian itu. Doktor mengesahkan wanita itu hanya mengalami kecederaan ringan di muka dan lehernya, manakala bayinya hanya mengalami calar di tangan.

Menurut jurucakap polis, kejadian itu berpunca tindakan wanita itu yang mengoyakkan kertas saman parking yang dikenakan terhadapnya, sebelum dia cuba menghalang pegawai berkenaan dari berlalu pergi dengan menahan kereta mereka sambil bertelagah mengenai saman tersebut. 

Video kejadian itu viral di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mengecam tindakan pegawai polis berkenaan. 

Susulan video viral itu, Biro Keselamatan Awam Shanghai telah mengantung pegawai berkenaan untuk membantu siasatan. 


Pada Sabtu lalu, Polis Shanghai telah mengeluarkan kenyataan bahawa pegawai berkenaan telah dikenakan tindakan tatatertib di atas kejadian itu. 

Lapor Shine, tindakan tatatertib yang dikenakan itu akan menyebabkan pegawai polis bernama Zhu itu tidak akan diberi kenaikan pangkat atau gajinya kenaikan gaji lebih 18 bulan. 

Sementara itu, wanita berkenaan pula diberikan amaran tegas kerana telah menghalang pegawai polis menjalankan tugas. 

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.