Louis Vuitton Nafi Berkolaborasi Hasilkan Rekaan Beg Tangan Dengan Datuk Seri Vida?

loading...

Lapor BERNAMA, rekaan beg tangan mengikut tempahan itu akan tersedia untuk pasaran Asia Tenggara menjelang tahun depan. Dalam laporan itu, DSV memberitahu:


Baru-baru ini Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali di kalangan kita semua sebagai Datuk Seri Vida telah mengumumkan akan berkolaborasi dengan jenama pereka Louis Vuitton (LV) untuk menghasilkan rangkaian beg tangannya sendiri yang dinamakan DSV-LV.

Semua orang tahu saya sangat sayangkan beg tangan saya, tetapi saya tidak mempunyai keupayaan untuk menghasilkan produk beg tangan saya sendiri, memandangkan membuat beg tangan bukan kepakaran saya. Jadi, untuk kali ini, saya bekerjasama dengan LV.
Tambah DSV, dia akan memastikan rekaan beg tangan yang bakal dipasarkan cantik, ‘rare’ dan unik khusus untuk peminat-peminatnya yang berada di Asia Tenggara. Beg tangan itu juga harus mempunyai ‘bling bling’ dan ‘sling’.

Dalam laporan itu yang boleh dibaca di Portal BERNAMA, juga diberitahu bahawa kolaborasi ini menjadikan DSV sebagai wanita pertama Asia Tenggara berjaya menambat hati LV, selain diangkat sebaris dengan personaliti lain yang pernah diberi penghargaan oleh jenama popular tersebut untuk berkolaborasi.



Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.




Bagaimanapun, seorang pembaca BeautifuNara telah menulis emel kepada pihak Louis Vuitton di melalui laman web rasmi mereka mengenai kesahihan kolaborasi tersebut. Menurut pembaca itu, emelnya telah dibalas oleh pihak Louis Vuitton yang memberitahu mereka tiada perancangan projek kerjasama secara rasmi dengan DSV.

Screen_Shot_2017-09-14_at_2.35.21_PM
Screen_Shot_2017-09-14_at_2.35.42_PM

Namun begitu, melalui emel itu, wakil LV, Tracy Then, memberitahu bahawa LV menawarkan kepada para pelanggan untuk menempah produk-produknya dengan meletakkan mencetakkan abjad pertama nama pelanggan mereka pada produk tersebut. Kata Tracy:
Mungkin ini yang dimaksudkan oleh pelanggan (DSV) itu.
Contoh rekaan beg yang ditempah itu ialah seperti di bawah:


Sebelum ini, DSV tidak menyembunyikan minatnya terhadap produk LV. Dia memiliki lebih 100 beg tangan LV tempahan khusus yang boleh dilihat menerusi foto-foto yang dimuat naik menerusi akaun Instragram miliknya.



LV sebelum ini pernah berkolaborasi menghasilkan rekaan produk dengan jenama Fragment milik pereka Jepun Hiroshi Fujiwara, kolaborasi dengan artis dan penulis seni kultus Jepun Yayoi Kusama, artis seni kultus Jeff Koon untuk koleksi Masters dan label fesyen Supreme yang diasaskan oleh pereka James Jebbia.
Terbaru, LV telah membatalkan rancangan projek kolaborasi untuk menghasilkan produk dengan penyanyi pop Kanada, Drake.

Sumber gambar: Instagram DSV

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.