Kes Saman Pinjaman Toyota Wish: Watie Sadali Tak Mampu Bayar

loading...
Rasanya ramai pembaca BeautifulNara kenal dengan Watie Sadali yang kini sering melakonkan watak ibu mertua vogue dalam drama-drama Melayu bersiri.

watiehana

Pada 10 Mac 2015, Watie telah diperintahkan untuk membayar tuntutan saman penghakiman berjumlah RM707,351.83 yang difailkan oleh bekas anggota kumpulan Elite iaitu Hana seperti diperintahkan Mahkamah Sesyen Selayang.

Bagaimanapun, mStar Online melaporkan yang Watie ketika ditemui berkata, jumlah yang dituntut Hana di luar kemampuannya dan turut membuat rayuan di hadapan Hakim, Rasyihah Ghazali ketika mendengar kes itu hari ini.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.




Saya bukan hendak melarikan diri daripada membayar ganti rugi itu tapi jujur saya katakan jumlah itu memang di luar kemampuan saya dan pendapatan saya pun bukannya banyak dan masih berlakon untuk mendapatkan wang.
Jika saya mempunyai perniagaan yang besar dan berjaya memang saya akan bayar tetapi memang saya tidak mampu.
Sebab itu saya mohon rayuan kepada mahkamah agar jumlah itu dikurangkan dan itu pun saya boleh lunaskan secara ansuran bulanan.

Bagaimanapun, Watie mendakwa dia tidak diberi peluang membela diri
Saya terkejut sebenarnya ketika kes dahulu selesai begitu sahaja tanpa saya berpeluang membela diri.
Saya pernah cuba bertemu dengan Hana untuk selesaikan masalah tetapi dia menolak dan pilih jalan ini. (Selesaikan di mahkamah).
Saya cuba juga buat rayuan sebelum ini tetapi kes ini telah ditutup.
Jika benar saya bersalah saya minta maaf dengan Hana dan sekarang pun saya positif sahaja.
Kita pernah berkawan dan tak sangka pula jadi begini tetapi saya reda dan cuba selesaikan masalah ini

Terdahulu, Hana Adnan yang juga bekas anggota kumpulan Elite bersama Watie telah diisytiharkan muflis pada April 2013 kerana gagal menyelesaikan bayaran pinjaman bank sedangkan dalam masa yang sama, beliau sendiri tidak mengetahui mengenai pinjaman tersebut.



Ketika itu beliau hanya ingin membantu Watie kerana terhimpit dengan kehidupan yang sukar ketika itu. Atas dasar persahabatan, Hana bersetuju untuk pinjamkan nama dan membayar duit pendahuluan bagi membolehkan Watie membeli sebuah kereta Toyota Wish.
Bukan niat Hana untuk tidak menyelasaikannya dengan cara baik, namun usaha beliau sebelum ini tidak membuahkan hasil.

Sebelum ini, selama 5 tahun saya mencari dia untuk berbincang. Bukan saya tak cari. Sekarang dia kena selesaikan tanggungjawab untuk langsaikan perkara ini.


Gambar: Instagram Watie Sadali

Hana juga menjelaskan sebelum ini suami Watie iaitu Joey ada menghubunginya untuk berbincang dengan cara baik untuk menyelesaikan masalah ini namun menurut Hana perkara tersebut sudah terlambat.
Saya kata saya minta maaf sebab mahkamah sudah jatuhkan hukuman.


Gambar: Instagram Hana Adnan

Bagaimanapun, pada pendapat penulis tindakan Hana adalah wajar untuk membersihkan namanya sebagai penghutang sedangkan Toyota Wish tersebut bukan digunakan olehnya. Mungkin ia patut jadi pengajaran kepada semua orang supaya melangsaikan pinjaman bank.
Bila tindakan mahkamah sudah dibuat, memang sulit untuk menghentikannya.

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.