Kejam & Hati Binatang- Bapa Liwat Anak Perempuan Buat Pertama Kali Semasa Buat Umrah Di Makkah

loading...


Tak berhati perut, nafsu binatang dan bapa durjana. Semua perkataan itu tepat sekali nak digambarkan bagaimana kejamnya hati seorang ayah kerana sanggup merogol anak kandungnya sendiri. Dia didakwa meliwat anak perempuannya tiga kali sehari antara Januari dan Julai tahun ini.
Lelaki berusia 36 tahun itu dijatuhi hukuman penjara selama 48 tahun dan 24 sebatan.

Dijatuhi hukuman penjara 48 tahun, 24 sebatan



Kredit foto: Astro Awani

Menurut laporan Astro Awani, Hakim Mahkamah Jenayah Seksual terhadap Kanak-Kanak, Yong Zarida Sazali telah menjatuhkan hukuman penjara selama 48 tahun- 28 tahun kerana melakukan sumbang mahram, serangan seksual fizikal tanpa persetubuhan, mengabaikan serta mendera anak secara seksual. Manakala 20 tahun penjara atas tuduhan meliwat mangsa, iaitu anak kandungnya yang berusia 15 tahun.
Hakim telah memerintahkan hukuman dijalankan pada 26 Julai lalu pada hari tertuduh ditangkap.

Liwat anak 3 kali sehari.


Lelaki yang bekerja sebagai ejen unit amanah itu juga menghadapi sebanyak 591 pertuduhan atas kesalahan meliwat anak perempuannya, 30 tahun lagi pertuduhan kerana seksual secara fizikal. Satu lagi pertuduhan kerana mendera mangsa.

Tertuduh didakwa meliwat anak perempuannya tiga kali sehari antara Januari dan Julai tahun ini. Kecuali dua hari sebelum bulan Ramadan serta hari pertama sebelum bulan Ramadan yang bermula pada Mei lalu.
Menurut fakta kes, tertuduh telah meliwat anak perempuannya buat pertama kali semasa mereka menjalankan ibadah Umrah di Makkah pada 3 April 2015.
Selain dari media tempatan, media antarabangsa juga turut membanjiri premis komplek mahkamah dari jam 8 pagi untuk membuat laporan tentang kes jenayah yang sangat kejam ini.

Sumber: Astro Awani

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.