Kantoi Layan Video Tak Senonoh 18++, Ini Jawapan Balas Ahmad Idham

loading...

Kantoi Layan Video Tak Senonoh, Ini Jawapan Balas Ahmad Idham



Pengarah filem popular, Ahmad Idham telah tampil memebri respon setelah ada netizen mengatakan dia kantoi melayan video tak senonoh di laman sosial.

Ahmad Idham berkata, penggunaan media sosial yang meluas dan terlalu terdedah menyebabkan dia sering menerima link laman web yang tidak sepatutnya.

Ini komen Ahamd Idham:

"Perkara itu tidak mustahil kerana zaman sekarang kita telalu terdedah dengan penggunaan Internet. Kadang-kadang ada sahaja orang hantar link yang bukan-bukan kepada kita.

"Bohonglah kalau saya kata saya tidak pernah tengok video lucah. Tapi ia bukan saya yang mencari video seperti itu sebaliknya ada sahaja individu yang hantar bukan-bukan di laman sosial kita, bila bukak... rupa-rupanya ia kandungan yang tidak senonoh,"


Ahmad Idham juga berkata, dia tidak menolak jika ada pihak yang kurang senang bertindak menggodam laman sosial miliknya dengan tujuan tersebut.

Ini komennya lagi:

"Saya baru tahu tentang perkara ini dan malas nak layan. Sekarang banyak sahaja cara orang nak malukan kita.

"Sedangkan gambar pun mereka boleh sunting apatah lagi benda-benda seperti itu. Setahu saya laman-laman web tak elok di negara ini sudah disekat macam mana nak cari melainkan yang bijak pandai dengan Internet sahaja,"


Ahmad Idham meminta orang ramai tidak melayan isu remeh temeh yang tidak mendatang kebaikan ini.


Sumber: mStar

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.