(FOTO) Sayu Menatapnya..Inilah Antara Wajah 20 Pelajar Tahfiz Yang Meninggal Dunia Akibat Kebakaran

loading...

(FOTO) Sayu Menatapnya..Inilah Antara Wajah 20 Pelajar Tahfiz Yang Meninggal Dunia Akibat Kebakaran


Pagi ini Malaysia dikejutkan dengan berita sebuah pusat tahfiz terbakar yang dikhabarkan mengorbankan lebih 20 orang pelajarnya.

Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung terbakar kira-kira 5 pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelemat Kuala Lumpur mengatakan kebakaran dipercayai bermula di tingkat atas bangunan.

5 jentera telah dikerahkan ke tempat kejadian dan kebakaran berjaya dikawal sekitar  jam 6 pagi.

Bomba berkata, 20 mangsa dilaporkan cedera manakala tiga kritikal. Mereka kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Polis menutup laluan di Jalan Keramat Hujung, yang menghubungkan Jalan Pasar Keramat ke Bukit Pawang, susulan kejadian berkenaan.

Satu sidang media akan diadakan sebentar sahaja lagi.

Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga.

Mari sedekah Al Fatihah dan doakan buat mangsa yang terkorban.


Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.