"Diganggu Sejak Julai.." - Tak Dapat Nak Tahan Lagi, Akhirnya Nonny AF Dedah Perangai, Permainan Gila Datuk Red

loading...

Tak Dapat Nak Tahan Lagi, Akhirnya Nonny AF Dedah Perangai Datuk Red



Sebelum ini Dato Red dikaitkan dengan seorang artis baru yang digelarnay sebagai "N".

Nama bekas peserta Akademi Fantasia iaitu Nonny akhirnya menajdi sebutan ramai.

Kini Nonny tampil memberi kenyataan tentang hal ini.

Nonny akui telah diganggu oleh Datuk Red sejak bulan Julai.

Ini pendedahan Nonny:

“BENAR sejak hujung Julai lalu, lelaki itu sudah cuba untuk mengganggu hidup saya. Namun saya tidak pernah ambil kisah. Sehinggalah cerita kami konon-kononnya bercinta digembar-gembur baru-baru ini oleh dia sendiri, permainan gila apakah ini?”

“Paling marah, saya dikata meminta duit daripada lelaki itu walhal hakikatnya kenapa perlu saya berbuat sebegitu. Siapa dia dalam hidup saya hingga sewenang-wenangnya boleh bertindak cara itu?

“Sumpah! Kami tidak pernah ada hubungan istimewa. Nak bercinta berbulan-bulan macam mana? Saya tak pernah memberikan nombor telefon pada dia,”


“Saya tidak akan layan ‘permainan’ dia. Lagipun sudah ada ‘sejarah’ cerita yang lebih kurang sama terjadi pada seorang artis membabitkan dia sebelum ini. Dah boleh dijadikan sebagai pengajaran pun,” 

“Tak pasal-pasal juga, saya dan teman lelaki bermasam muka gara-gara gosip ini. Hah, kan dah tak seronok. Hubungan cinta kami ini dah sampai peringkat yang serius. Dah fikir tentang perkahwinan dah. Apa pula kata bakal keluarga mentua apabila dapat tahu tentang cerita sebegini. Jenuh pula saya kena terangkan kepada mereka semula tentang cerita sebenar,”

Bagi menghormati perasaan keluarga yang turut terkena tempias, penjelasan ini diharap dapat jelaskan segalanya.

Nonny juga hargai persahabatan dengan Adira dan tidak mahu kenyataan yang dibuat itu juga bakal menggugat keharmonian rumah tangga Adira dengan suaminya itu.

Untuk pengetahuan, nama Nonny menjadi hangat apabila dikaitkan sebagai kekasih baru kepada suami Adira itu.

Kenyataan itu diberikan oleh Datuk Red sendiri.

Sememangnya Dato Red akui sedang serius mencari isteri ketiga.

Sumber: Utusan

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.