'Dia tak tahu demam campaknya berjangkit pada ibu mengandung itu dan menyebabkan bayinya dilahirkan cacat'

loading...

Seringkali kita diingatkan agar tidak membawa diri ke tempat-tempat kawasan terbuka dan ramai orang jika mengalami masalah kesihatan seperti demam campak. Ini bagi mengurangkan risiko berjangkit pada mereka yang mempunyai tahap keimunan badan yang rendah.

Seperti yang diceritakan oleh Puan Aima Hassan ini, wajar dijadikan sebagai pengajaran bagi kita semua. Adalah bahaya apabila penyakit berjangkit menjangkiti golongan ibu mengandung yang akan memberikan kesan terhadap bayi yang dikandung. Semoga bermanfaat.

ADA seorang perempuan ini, kita namakan H. Dia ini memang minat sangat dengan seorang artis ini, perempuan juga. Nama artis ini, M. Satu hari dia H mendapat tahu yang M ada buat tour ke bandar tempat dia tinggal. Memang teruja tahap petala kelapan. Nak jumpa idola, kan. 

Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Aduh, dia tengah kena German Measles, demam campak dan sedang berada dalam tempoh kuarantin. Tetapi dia nak sangat berjumpa dengan M, macam mana ni? Kalau tak jumpa sekarang, entah bila dapat bersemuka dengan idolanya itu.

Nak tahu apa H buat? Dia sapu make up tebal-tebal, sapu bedak di tempat terdedah untuk sembunyikan ruam-ruam campak. Bagi nampak glowy dan flawless. Selepas itu dia menyelinap keluar dan pergi ke tempat M berada.


Dia sungguh gembira tak terkata bila idolanya berada di depan mata. Berselisih bahu, bercakap dengan M, dapat sentuh tangan M, dapat lakaran autograf M. Rasanya selepas ini dia takkan minta apa-apa lagi pada Tuhan kot?

Tetapi, ada benda yang H tak tahu. H tak tahu M sedang mengandung, H tak tahu yang bayi itu memang dah bertahun-tahun M nantikan. Sebelum itu, M siap sempat mengambil tiga orang anak angkat sebelum ini. 

H tak tahu yang demam campaknya terjangkit kepada M. H tak tahu yang jangkitan itu merentas uri dan menjangkiti bayi M. H tak tahu bayi M lahir cacat disebabkan jangkitan itu. H tak tahu yang bayi tu terpaksa tinggal institusi disebabkan keadaannya. H tak tahu yang M menderita lama dan salahkan diri sendiri sebab tak berhati-hati semasa mengandung dulu. 


Yang H tahu, hati dia puas sebab dapat jumpa M, walaupun sakit. Tapi, ada banyak lagi benda yang H tak tahu. H tak tahu yang dia akan jumpa semula dengan M. H tak tahu yang dia akan bercerita dengan bangga kepada M bagaimana dia sanggup keluar jumpa M walaupun tengah demam campak. H tak tahu yang M akan sedar bahawa H adalah titik punca anak M jadi cacat. 

Yang paling dahsyat sekali. H tak akan tahu dia akan mati diracun oleh M disebabkan perbuatannya berpuluh tahun dulu. 

Yang di atas itu adalah rumusan untuk novel The Mirror Crack'd from Side to Side, hasil tulisan Agatha Christie. Siapa Agatha Christie ni, anda boleh Google aje. Femes keras dia ini. 

Saya terbaca post tuan KHM tentang mereka sekeluarga terjumpa ibu bapa muda bawa anak yang tengah aktif menghidap chicken pox (kot) ke khalayak ramai. Dan ia membuatkan saya teringat tentang cerita di atas itu.

Kadang kita rasa benda kita buat itu kecil saja, kan? 

"Alah, setakat bawa anak dengan ruam air yang masih merah garang lagi atas kulit di tempat awam, apadehal? Takkan nak tinggal di rumah saja?. Lagipun kita coverlah anak kita ini, supaya tak terkena dengan orang."

Tetapi bila orang tak nak dekat dengan anak dia, kecil hati pula. 

Tuan puan. tak semua sakit berjangkit itu kena sentuh gesel-gesel kulit 'muah-muah' baru terjangkit. Contoh seperti cacar air dan campak, penyakit itu boleh tersebar dari udara begitu sahaja. Bernafas dalam ruang yang sama, itu pun dah ada risiko untuk dijangkiti.


Mana tahu, dalam ruang yang sama tu:
  • Ada ibu mengandung
  • Ada bayi yang belum boleh atau tak boleh divaksin
  • Ada orang yang tahap imunnya rendah - pesakit AIDS, pesakit kanser, atau yang sedang bawah rawatan dengan steroid

Golongan-golongan itu, reaksi badan pada jangkitan tak sama seperti kita yang boleh dikatakan sihat ini. Golongan ini, kalau terkena, boleh bawa ke mati atau kurang upaya abadi.

Jujur saya nak tanya, berbaloi ke nak ada saham dalam kesusahan orang lain? Dalam sedih orang lain? Dalam meranapkan kehidupan orang lain? Dalam memecahkan hati ahli keluarga orang lain? Hanya disebabkan kita asyik fikir tentang kita, kita, kita dan kita?

Sumber: Aima Hassan

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.