"Ada Tak Sesuai Masuk AF.." - Komen Panas Dato Ramli MS Kepada Peserta Akademi Fantasia Megastar

loading...

Komen Panas Dato Ramli MS Kepada Peserta Akademi Fantasia Megastar


Kini pertandingan nyanyian Akademi Fantasia Megastar telah bermula.

Banyak bekas juara dan bekas peserta yang menyertai pertandingan ini semula.

Namun, kebanyakan peserta yang beraksi di minggu pertama belum menunjukkan kehebatan suara walaupun mereka berpengalaman.

Juri Datuk Ramli MS berkata walaupun ada kurang menyerlah namun tidak dinafikan ada juga peserta yang membuat persembahan dengan baik.

Ini komen dari Dato Ramli MS:

ADA TAK SESUAI SERTAI

"Persembahan malam ini ada yang okay dan ada juga yang tidak menunjukkan bakat mereka yang sebenarnya, mungkin memilih lagu yang kurang sesuai dengan suara mereka.


"Saya tidak mahu menyebut siapa peserta yang kurang menyerlah pada malam ini, namun secara peribadi ada peserta yang saya rasakan kurang sesuai untuk berada di pentas ini," 


ADA YANG BAIK

"Secara peribadi, saya mengambil contoh nyanyian Amir Jahari, dia menunjukkan bakat sebenar sebagai anak seni.

"Apabila dia naik pentas, dia seolah-olah membuka satu jalan dalam menunjukkan bakatnya dan dalam hal ini saya tidak mengambil kira tentang nilai komersial yang ada pada dirinya.


"Bob pula menyanyikan lagu yang mudah baginya tapi saya berasakan dia boleh menyampaikan lagu yang lebih mencabar vokalnya selepas ini,"

GUNA PELUANG TUNJUK BAKAT

"Secara jujurnya, saya mahu peserta yang terpilih menyertai program ini menggunakan platform ini sebagai ruang untuk menonjolkan diri dan bukan untuk mengejar  populariti.

"Kita memberi ruang kepada mereka untuk menyerlahkan semula bakat nyanyian dan gunakanlah peluang ini sebaiknya,"


Ramli ditemui pada sidang media selepas konset berkenaan di sini pada Ahad.

Selain Ramli MS, turut menjadi juri ialah Ziana Zain dan Syafinaz Selamat.

Dalam konsert AF Megastar Homecoming minggu pertama ini menyaksikan 12 penyanyi berentap iaitu:

-Bob (Bukan Cinta Biasa)
- Ewal (Sampai Syurga)
-Mila (Putus Terpaksa)
-Adam (All I Have To Give)
-Ara (Terus Mencintai)
-Firman (Impian).
-Zahid (Pamit)
-Sufi (Wanita Terakhir)
-Idayu (Hurt)
-Amir Jahari (Manusia Biasa)
-Azhar (Sampai Mati)
-Marsha (Untuk Kali Terakhir).

Minggu depan pula akan menyaksikan 12 lagi penyanyi berentap iaitu:

-Amylea
-Shahir
-Aril
-Rosma
-Anding
-Adira
-Faizal
-Indah
-Syamel
-Amir
-Faizul
Nubhan.

Kesemua 24 peserta dipilih menyertai pertandingan ini.

Keputusan 12 peserta yang akan terpilih ke konsert AF Megastar bakal diumumkan pada konsert minggu depan.

Sumber: mStar

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.