Tidak Selesaikan Urusan Dokumen Cerai Dengan Joy Revfa, Dato' Ray Imran Dikecam Netizen

loading...
Minggu ini dunia hiburan hangat dengan pendedahan penyanyi Hafiz Hamidun bahawa pernikahannya dengan Siti Arifah Amin, seorang pengasas produk kosmetik dan personaliti media sosial didapati tidak sah oleh pejabat agama.

hafizrayjoy

Ini adalah kerana Siti Arifah atau lebih dikenali di media sosial sebagai Joy Revfa masih bergelar isteri orang pada tarikh pernikahan mereka iaitu 1 Mei 2017 kerana Joy tidak menyelesaikan dokumentasi pengesahan cerai dengan bekas suaminya, seorang usahawan, Dato’ Ray Imran.




Terdahulu, Joy berkahwin di Songkhla pada 10 Januari 2013 dengan Ray Imran dan Joy mendakwa telah diceraikan lelaki itu atau nama sebenarnya, Mohd Rayos Abdul Rahim, melalui aplikasi WhatsApp pada tahun 2015.


Dalam sidang media oleh Hafiz Hamidun pada 22 Ogos lepas di pejabatnya, Hafiz memberitahu Joy mendakwa Ray Imran enggan menyelesaikan urusan perceraian mereka dan oleh itu, perceraian mereka tidak mempunyai dokumen.

Perkahwinan mreka juga tidak pernah didaftarkan di Malaysia. Oleh kerana gagal mendapat surat cerai beserta dari keraguan yang timbul, Hafiz dan Joy telah ke Songkhla bersama-sama bagi menyelesaikan urusan cerai taklik Joy dan Ray Imran di Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla. Permohonan cerai taklik Joy dan bekas suami diterima dan disahkan jatuh talak satu pada 13 Julai 2017.

Pada 8 Ogos 2017 Hafiz dan Joy telah ke Pejabat Agama Islam Daerah Petaling untuk menyerahkan surat pengesahan taklik tersebut dan menjalani siasatan bersama pegawai agama daerah. Hasil siasatan mendapati Joy masih dalam ikatan perkahwinan dari suami terdahulu ketika pernikahan mereka.
Bagaimanapun, setelah pendedahan yang dibuat Hafiz, Ray Imran telah memberikan kenyataan yang dia merasakan terdapat sebab lain Hafiz meragui status pernikahan mereka.

Walau begitu, Ray Imran telah menerima pelbagai komen mengecamnya kerana tidak menguruskan dokumentasi perceraiannya dengan Joy, sebaliknya, Hafiz Hamidun yang berusaha mendapatkannya.

image


image


image


image


Sebutan semula pembubaran pernikahan Hafiz dan Joy ialah pada 14 September ini. Kemelut dalam rumahtangga Hafiz Hamidun dan Joy terlihat setelah Joy dilihat sering memuat naik gambar beserta status seolah-olah tidak berpuas hati dengan Hafiz di Instagram dan mendakwa Hafiz mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dan meninggalkannya setelah duduk enam hari bersama dan melakukan hubungan kelamin.

Hafiz bagaimanapun mendakwa berbuat demikian kerana merasakan dirinya perlu mengasingkan diri dari Joy memandangkan dia tidak pastu sama ada pernikahan mereka sah. Dia juga menafikan pernah melakukan hubungan kelamin dengan Joy. Pada 8 Ogos, hasil siasatan pejabat agama Petaling mendapati Joy masih bergelar isteri Ray Imran semasa wanita itu melangsungkan pernikahan dengan Hafiz. –

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.