Terlupa tanggalkan contact lens selama 5 bulan, wanita buta sebelah mata

loading...

CHINA - Seorang wanita dari Wuhan mengalami kerosakan mata kekal selepas dia tidur dengan kanta lekap (contact lens) tanpa menanggalkannya lebih dari lima bulan, lapor Sinchew. 

Mangsa berusia 21 tahun bernama Chen, pada awalnya berjumpa dengan pakar untuk mendapatkan kanta lekap pada bulan Mac. 

Selepas sebulan kemudian, Chen semakin malas menanggalkannya setiap malam, lalu mengambil keputusan untuk membiarkan saja kanta lekap itu di matanya dan terus tidur. 

Selepas lima bulan kemudian, apabila Chen bangun dari tidurnya di waktu pagi menyedari mata sebelah kanannya tidak dapat melihat apa-apa. Panik dengan keadaan itu, Chen segera pergi ke hospital untuk mendapatkan bantuan. 


Ketika menjalani pemeriksaan, doktor mendapati ada lapisan nipis di permukaan bebola mata Chen. Lapisan itu kemudian dikenal pasti dan ia adalahkanta lekap milik Chen. 

Lebih teruk lagi, kanta lekap itu telah bercantum dengan matanya, menyebabkan kornea matanya merah dan bengkak. 

Selain itu, doktor juga mendapati ada lubang yang saiznya sebesar kacang hijau pada mata Chen. Apabila ditanya apakah dia ada memakai kanta lekap sebelum ini, Chen berkata, 

"Mustahil! Saya tak ada pakai apa-apa kanta lekap baru-baru ini!" 

Bagaimanapun, setelah menjalani pembedahan kecil, doktor berjaya mengeluarkan dua kanta lekap dari matanya, membuatkan Chen tidak terkata apa-apa. 


Selepas diimbas kembali, barulah Chen teringat bahawa lima bulan lalu dia ada memakai kanta lekap yang kemudian dibiarkan di dalam matanya sejak itu. 

Akibat dengan kecuaiannya itu, mata kanan Chen disahkan buta kekal berikutan terdapat lubang kecil di kornea matanya itu. Doktor memaklumkan, hanya ada satu cara sahaja untuk memulihkan semula pengelihatan mata kanannya itu dengan menjalani transplant kornea. 

Chen bernasib baik kerana mata kirinya masih selamat namun perlu dirawat selama dua minggu bagi mengelakkan matanya buta. Doktor turut menasihatkan Chen untuk tidak memakai sebarang kanta lekap lebih dari enam jam sehari dan ia perlu ditanggalkan sebelum tidur. 

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.