Tahniah! Yunalis Zarai & Adam Sinclair Selamat Bertunang

loading...

Jutaan tahniah diucapkan kepada Yunalis Zarai dan Adam Sinclair yang telah pun selamat bertunang hari ini di kediaman ibu bapa Yuna di Shah Alam. Sebelum ini, memang ada ura-ura mereka berdua bakal bertunang selepas hari raya Aidilfitri dan ternyata ura-ura tersebut adalah benar. Semoga dengan pertunangan ini hubungan mereka berdua akan dipermudahkan ke jinjang pelamin.

Kata Yuna:-
Syukur Alhamdulillah, majlis pertunangan kami berjalan dengan lancar. Majlis kami dihadiri keluarga terdekat dan rakan-rakan karib. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat yang selalu mendoakan kebahagiaan saya”
Berkat doa mereka, hari ini saya selamat bertunang dengan Adam Sinclair. Saya sangat bersyukur berjumpa dengan seorang lelaki yang sangat penyayang dan baik hati. Percaturan Allah itu memang sungguh indah


Tak sabar rasanya menanti hari perkahwinan pasangan sama cantik sama padan ini. Sama-sama kita doakan. Tahniah sekali lagi buat Yuna dan Adam.

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.