Nicole Scherzinger Buat Persembahan Untuk Pengantin Diraja Malaysia, Pergi KFC Dengan Polis Pengiring

loading...
Mungkin sebilangan dari pembaca BN sudah mengetahui yang penyanyi dari Amerika Syarikat dan bekas penyanyi dan penghibur Pussycat Dolls, Nicole Scherzinger, telah membuat persembahan untuk majlis persandingan Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dan Dennis Muhammad Abdullah.

nicole-scherzinger-arrives-in-johor-baru-goes-to

Nicole mengesahkan kehadirannya melalui beberapa siri gambar yang dimuat naik ke Instagram dan video Insta-story yang menunjukkan dia bersedia untuk menghiburkan pasangan pengantin baru diraja pada malam 14 Ogos.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.



Nicole memuat naik gambarnya yang kelihatan anggun dalam pakaian berwarna merah dan satu pakaian berlabuci warna hitam di hadapan Istana Bukit Serene.


Bagaimanapun, lebih ramai memfokuskan kepada lawatan Nicole ke sebuah outlet Kentucky Fried Chicken (KFC) setelah habis membuat persembahan di majlis perkahwinan itu! Dalam Insta-story Nicole, dia merakamkan saat-saat dia singgah di KFC dengan ditemani pasukan pengiring polis. Dia juga dilihat memesan makanan dengan penuh glamor di kaunter pesanan sambil memikirkan apa yang patut dipesannya.
Nicole kemudiannya dilihat beredar meninggalkan KFC dan makan ayam goreng dalam keretanya, sambil diiringi polis.

nicole-scherzinger-arrives-in-johor-baru-goes-to


nicole-scherzinger-arrives-in-johor-baru-goes-to

Netizen memberi komen, disebabkan namanya Nicole Scherzinger, dia pasti memesan Zinger Burger.




Kita harap Nicole berseronok ketika berada di Malaysia dan khabarnya dia masih belum ada rancangan lanjut apa yang hendak dibuatnya di sini.

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.