Live - Malaysia vs Thailan (Final) Sukan SEA 2017

loading...


Skuad bawah 22 tahun (B-22) Malaysia, meneruskan cabaran acara bola sepak temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dengan menentang pasukan Thailand bagi perlawanan akhir (final) yang dijadualkan berlangsung pada hari Selasa, 29 Ogos 2017
Malaysia layak ke peringkat akhir acara bola sepak Sukan SEA 2017 selepas menyingkirkan Indonesia menerusi kemenangan 1-0. Manakala Thailand pula menewaskan Myanmar juga dengan kemenangan 1-0
Skuad bawah 22 tahun (B-22) Malaysia dan Thailand sebelum ini pernah bertemu dengan menyaksikan kemenangan berpihak kepada Thailand dalam kempen Kelayakan Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018 di Bangkok pada bulan lalu
Bagaimanapun, pada aksi final sukan SEA 2017 bagi merebut ibu segala pingat, sudah tentu skuad kendalian jurulatih Datuk Ong Kim Swee tidak mahu perkara yang sama berulang kembali
Oleh itu, pastinya Malaysia akan lebih fokus kepada pertemuan menentang Thailand untuk memburu kemenangan bagi menghadiahkan pingat emas kepada negara selain membalas dendam selepas kecundang 3-0 sewaktu kempen Kelayakan Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 di Bangkok pada bulan lalu
Pertembungan final pastinya akan menjanjikan aksi terbaik di padang selain menjadi tumpuan seluruh peminat sukan rantau Asia Tenggara terutamanya dalam kalangan penyokong Malaysia dan Thailand
Malaysia Sea Games 2017Thailand Sea Games 2017Keputusan Terkini Malaysia Vs Thailand 29.8.2017 Sukan SEA
Perlawanan di antara pasukan Malaysia menentang Thailand berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor bermula pada jam 8:45 malam, Selasa
Berikut ialah keputusan semasa dan terkini perlawanan akhir bagi acara bola sepak Sukan SEA 2017 membabitkan pasukan Malaysia lawan (lwn) Thailand yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh
MalaysiaSukan Sea 2017 Bola Malaysia 0 – 0 Sukan Sea 2017 Bola ThailandThailand
penjaring gol 8:45PMLive Score 1 penjaring gol
Malaysia Sea Games 2017Thailand Sea Games 2017Live Streaming Malaysia Vs Thailand 29 Ogos 2017 Sukan SEA
Aksi final di antara pasukan Malaysia menentang Thailand turut disiarkan secara siaran langsung oleh penyiar rasmi Sukan SEA 2017, RTM (TV2), Media Prima (TV3) dan Astro Arena seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra-rancangan
Sekiranya terdapat pautan video siaran langsung online atau Live Streaming Malaysia Vs Thailand disediakan di internet untuk aksi malam ini, MYsumber akan sertakan sebelum perlawanan berlangsung

VIDEO LANGSUNG LIVE MALAYSIA VS THAILAND FINAL BOLA SEPAK SUKAN SEA 2017



Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.