"Kalaulah Abang Ada Rezeki Masuk Syurga,Abang Buat Nota Ni Untuk Nak Mintak Pada Allah Untuk Kita Semua Sama2 Masuk Pa..."

loading...

Norman Hakim terharu dengan tindakan anak sulungnya, Mohamed Danish Hakim, 14, yang menulis nama semua ahli keluarga mereka dan menyimpannya di dalam al-Quran dengan harapan semua anggota keluarganya dapat diterima ke syurga.

Selain nama Norman dan ibunya, Arbaieyah atau Abby Abadi, Mohamed Danish turut menulis nama datuk dan nenek di sebelah ibu bapanya dan empat orang adiknya termasuk daripada ibu tiri, Memey Suhaiza.



Lebih mengharukan, Mohamed Danish turut memasukkan nama Memey dan bapa tirinya, Mohd Faizal Zakaria yang juga suami Abby serta ibu dan bapa Mohd Faizal.

Norman yang memuat naik foto senarai nama itu di Instagram semalam berkata, dia sangat bersyukur dengan apa yang dilakukan anaknya itu.

€Perkongsian saya itu sekadar meluahkan rasa terharu selepas mendengar kata-kata dan sebab mengapa dia berbuat begitu," katanya.



Semalam masa belek2 Al-Quran abang @danishhakim_243 sebelum hantar dia balik asrama utk check mana2 bahagian ada yg koyak ke utk direpair,jumpa nota ni dlm salah satu muka surat kosong Al-Quran dia.Hati mcm dah teragak utk tujuan apa nama2 ni,tapi just tanya dia balik takut salah pemahaman
.
. "Abg..senarai nama2 ni semua utk apa eh?" Dia jawab "Kalaulah abg ada rezeki masuk syurga,abg buat nota ni utk nak mintak pada Allah utk kita semua sama2 masuk pa..."
.
.Senarai nama ni dia cakap dia tulis 3 tahun lepas sebelum mama kahwin dgn Abah @jaiezzany .Bila Abah kahwin dgn Mama,baru dimasukkan nama Abah,arwah Tok Abah & Tok Mah.Yg ada jarak ruang kosong antara nama Abah dgn arwah Tok Abah & Tok Mah tu dia cakap dia sparekan utk Atuk & Nenek Tenggaroh (Abah & Mak mummy) tapi dia tak tau ejaan nama penuh yg betul so dia k.i.v dulu
.
.Ma shaa Allah terima kasih abg @danishhakim_243 ingat pada kami semua.Semoga Allah s.w.t berkati niat abg tu..Aamiin YRA


Al-Quran seorang Al-Hafiz @danishhakim_243 .
.
Terima kasih banyak2 atas doa2 uolls semua dlm post sebelum ni.Dalam tak sedar uolls semua adalah sebahagian drpd penyumbang kpd pencapaian @danishhakim_243 melalui sedekah doa2 uolls semua.Jangan kita menidakkan 'kuasa doa' sbb itulah SENJATA UTAMA kita yg sgt beruntung dipilih sebagai antara pengucap DUA KALIMAH SYAHADAH.Bom atom & senjata nuklear pun kalah kalau kita yakin dgn doa kita
.
.Takde sikit niat pun utk kami berbangga atau menunjuk.Sekadar perkongsian utk manfaat bersama.Ini baru intro kpd satu permulaan.Sama2 kita istiqomah utk terus mendoakan sesama kita...Aamiin YRA.

Terdahulu, Danish dilaporkan menjadi antara 10 pelajar yang terpilih melanjutkan pengajian di Mekke Kuran Kursu, Isparta, Turki dan dijangka bertolak ke negara itu tahun ini.

Danish juga berjaya menghabiskan 30 juzuk hafazan lebih awal yang sepatutnya dilakukan apabila berada di Turki nanti.

Selain Danish, Norman mempunyai dua lagi anak hasil perkahwinannya dengan bekas isteri, Abby Abadi, iaitu Marissa Dania Hakim, 12, dan Maria Danisha Hakim, 9.

Norman juga mempunyai dua cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 4, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 2, bersama isterinya sekarang iaitu Memey.


Dalam pada itu, mengulas mengenai pandangan segelintir orang yang mengganggap dia antara artis yang berjaya membentuk anak menjadi seorang al-Hafiz, Norman berkata, mungkin ini perkara terbaik yang dapat dia kongsikan bersama peminat.

"Biasanya orang menjadikan selebriti sebagai ‘role model’™ dari segi penampilan dan berbadan sasa. Apa yang saya lalui ini mungkin akan memberi manfaat kepada semua orang.

"Saya juga mahu masyarakat sedar institusi keluarga memainkan peranan penting dalam membentuk akhlak anak-anak tidak kiralah apa juga pekerjaan kita.

"Mungkin juga apa yang anak saya lakukan sekarang tidak berpeluang saya lakukan dulu," katanya.

Norman berkata, walaupun sudah berpisah dengan Abby, ia tidak menjadi halangan untuknya memberikan yang terbaik dalam pelajaran dan kehidupan anak-anak.

"Pada saya, walaupun sudah berpisah, tetapi sebagai ibu dan bapa tanggungjawab terhadap anak-anak tidak boleh diabaikan. Apa pun terjadi kita harus memastikan mereka tidak terabai," katanya.

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.