Hafiz Hamidun Seharusnya Ambil Tindakan Segera – Imam Besar Masjid Putrajaya

loading...
Akhirnya penerangan yang ditunggu-tunggu telah tiba. Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya iaitu Ustaz Hazaruddin Baharuddin telah pun tampil memberikan pendapatnya tentang kontroversi yang melanda Hafiz Hamidun dan Joy Revfa. Sudah tentu pendapat ini bernas kerana ia datang daripada mereka yang arif di dalam bab pernikahan ini. Kita selaku rakyat marhaen bolehlah mengambil kata-kata Imam Besar Putrajaya ini sebagai satu nasihat dan pengajaran.

imam besar putrajaya

Menurut Ustaz Hazaruddin Baharuddin, Hafiz Hamidun sepatutnya mengambil langkah segera selepas meragui status perkahwinan terdahulu Joy Revfa. Katanya:-

Faraq bermaksud perkahwinan yang dibubarkan melalui talak atau selain daripadanya, namun dalam sistem perundangan Islam di Malaysia, faraq merujuk kepada pembubaran bukan melalui talak. Faraq hanya diputuskan oleh mahkamah apabila terbukti sesuatu perkahwinan tidak sah, apa yang dimaksudkan tidak sah ialah hilang salah satu syarat sah nikah.

Dalam kes Hafiz Hamidun, dia seharusnya mengambil tindakan itu sejurus selepas timbul rasa was-was terhadap perkahwinan bukan sudah separuh jalan sehingga timbul pertikaian baru nak bertindak.

Dia seorang selebriti, apa yang dia lakukan akan menjadi ikutan masyarakat. Apa yang kita bimbang peraka seperti ini menjadi ikutan oleh orang lain yang ingin bercerai cara mudah.

hafiz hamnidun

Sungguh jelas penerangan Imam Besar Masjid Putrajaya ini. Cuma satu menjadi persoalan Admin ialah bagaimana Majlis Agama Daerah Petaling Jaya boleh membenarkan perkahwinan Hafiz Hamidun dan Joy Revfa berlangsung sekiranya tiada bukti penceraian? Kita harus mendengar hujah yang digunakan oleh pihak terbabit. Nak juga tahu kenapa kebenaran bernikah dikeluarkan. Itu persoalan paling utama.

Sumber Mstar Online.

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.