Fattah Amin Akui Tak Terasa Dengan Teguran Que Haidar

loading...
Teguran Que Haidar tentang pelakon baru yang hanya menjaja wajah kacak dan bukannya bakat baru-baru ini telah membuatkan para netizen berspekulasi. Ramai yang meneka teguran itu ditujukan kepada pelakon popular, Fattah Amin. Sebelum ini, Fattah Amin pernah dilabel pelakon “kayu”. Namun mutu lakonannya semakin hari semakin memberangsangkan, seiiring dengan kekacakannya.

fattah amin

Apa pun, Admin respek dengan reaksi Fattah Amin yang enggan membesar-besarkan teguran ini. Bagi Fattah, Que Haidar tidak menyebut nama mana-mana pelakon, jadi dia tidak perlu terasa. Kata Fattah Amin:-
Pernah ke saya terasa? Bagi saya, tak kira orang biasa, selebriti atau peminat berhak untuk menyuarakan pendapat mereka.

Lagipun, dalam kenyataan selebriti tersebut tidak ada menyebut nama sesiapa.
Jadi, perkara itu dikatakannya secara umum. Sama juga dengan peminat yang kadang-kadang apa yang dikatakan atau komen itu tidak ditujukan kepada mana-mana individu.

que haidar

Daripada membuang masa memikirkan benda yang tidak memberi apa-apa manfaat kepada kita, lebih baik Fattah Amin terus fokus dengan lakonannya di dalam drama “Coffee Prince”. Tak gitu? Biasalah bila dah popular, memang ramai yang akan cemburu. Yang penting kita sentiasa cuba membaiki segala kelemahan diri. Lama kelamaan pasti pihak luar akan mengakui bakat kita.

Sumber Mstar Online.

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.