"Duduk Sebumbung Pun Enam Hari Jer" - Kakak Joy Revfa Pertahan Tindakan Adik

loading...
Kisah pergolakan rumahtangga Hafiz Hamidun dan Joy Revfa telah menjadi semakin hangat apabila Joy menulis satu karangan di Facebook yang memberi bayangan seolah-olah Hafiz Hamidun mempunyai masalah batin. Hafiz Hamidun bagaimanapun menafikan kenyataan itu, mendakwa Joy tahu apa sebenarnya yang menyebabkan pertikaian mereka tetapi cuba berselindung.




Ramai Netizen mempersoalkan tindakan Joy yang dilihat gemar menghebahkan masalah dan meluahkan perasaan mengenai suaminya di Facebook. Netizen beranggapan seorang isteri yang baik seharusnya mengadu masalah rumahtangga kepada saluran yang betul, misalnya kaunselor atau pejabat agama.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.




Terbaru, kakak Joy Revfa yang bernama Dyana Sofia telah menulis status mempertanankan tindakan adiknya itu.
Dia mendakwa Joy menerima kecaman dari Netizen setiap hari dan memerlukan ‘outlet’ untuk meringankan masalah yang ditanggung dan orang ramai patut memahami keadaannya.
Dyana mendakwa adiknya dan Hafiz hanya duduk sebumbung selama enam hari dan masih belum sempat berkenalan dengan lanjut.

20819722_1543427219035142_8969238718666749168_o

Sebelum ini, Dyana pernah menulis status tentang rumahtangga yang dipercayai merujuk kepada adik iparnya itu.
Sebelum ini juga, Joy pernah meminta orang ramai mengabaikan kenyataan-kenyataan kakak dan bekas suaminya yang dianggap bersifat melindunginya dan meminta orang ramai menunggu kenyataan rasmi dari Hafiz Hamidun.

Bagaimanapun, dia selepas itu dlihat masih mengeluarkan status ‘meluah perasaan’ di akaun media sosial miliknya yang menyebabkan timbul spekulasi.

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.