Baru Jadi Penyanyi Dah Timbul Kontroversi Gambar Bogel Tersebar? Ini Penjelasan Penyanyi Tersebut

loading...

Nama penyanyi Mizio atau Muzaffar Kaisar Ishak mungkin jarang dikenali oleh peminat hiburan tanah air. Baru-baru ini pada 15 Julai lalu, penyanyi tersebut telah melancarkan dua single terbaru bertajuk Izinkanlah dan Memori Duka di Hard Rock Cafe. 

Apa yang lebih membanggakan dirinya ialah dua video klip untuk singlenya itu telah dirakam di Santorini, Greece. Sehingga kini, video klip untuk kedua-dua lagunya itu telah pun ditonton lebih 50,000 kali dan mendapat pelbagai respon dari netizen. 


Namun sindiran yang diterima tidak pernah lagi mematahkan semangatnya untuk meneruskan cita-citanya itu. Walaupun ada segelintir netizen menjadikan suaranya sebagai bahan gurauan dan pernah dikatakan memiliki suara yang sedikit sengau. 

Menurutnya lagi, dia bukanlah orang seni dan masih memerlukan tunjuk ajar dari mereka yang lebih berpengalaman terutama dari segi vokal yang perlu dibaiki. 

Namun begitu, menurut laman web Hangat.com,  Mizio sebenarnya pernah diselebungi oleh kontroversi beberapa tahun sebelum ini. Sebelum ini dia pernah mencetuskan kontroversi apabila bergambar dengan jubah dan anjing disebelahnya. Ianya menggemparkan negara satu ketika dulu dengan pelbagai kecaman diterimanya. 





Malah desas desus juga ada mengatakan dia juga merupakan seorang penari kelab bogel sehingga gambar bogelnya juga pernah tersebar dengan aksi yang kurang sopan. Walaupun ianya mungkin satu sejarah yang lampau namun ianya mungkin akan menjadi satu lagi kontroversi buat dirinya. 

Walau apapun, semangat yang ditunjukkan oleh Mizio untuk bergelar penyanyi harus dicontohi kerana tidak mudah putus asa.

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.