Setelah Viral, Ini Komen Edry KRU Tentang Lagu "I Am Me" Nyanyian Dato Seri Vida

loading...

Ini Komen Edry KRU Tentang Lagu "I Am Me" Nyanyian Dato Seri Vida



Usahawan popular DS Vida kini telah tampil dengan lagu baru nyanyiannya berjudul "I Am Me".

Lagu ini telah diperdengarkan kepada orang ramai buat kali pertama pada hari Jumaat yang lalu menerusi laman YouTube.

Sehingga kini video lagu tersebut sudah mendapat lebih 200,000. memang agak memberangsangkan.

Untuk pengetahuan, lagu itu dicipta oleh komposer popular Edry Abdul Halim (Edry KRU).

Edry berkata tujuan lagu tersebut dicipta memang untuk menjadi viral kerana ia sesuai dengan diri pengasas produk kosmetik tersebut yang sukakan perhatian.

Ini komen dari Edry KRU:

"Memang tujuan utama untuk lagu itu menjadi viral sebab Datuk Seri seorang yang suka benda-benda yang menarik perhatian.

"Memandangkan dia nak lagu Inggeris, saya ambil melodi dan lirik yang senang atau mudah faham.
 

"Mungkin pendengar akan fikir lirik seakan-akan memuji diri sendiri. Tapi sebenarnya ia menceritakan tentang macam mana nak bina keyakinan diri.

"Vida sendiri melambangkan keyakinan seorang wanita dan I Am Me memang sesuai untuk dia,"


"Jangan pula ada yang ingat suara dia mampu tarik dengan nada yang tinggi seperti Celine Dion.


"Setiap lagu yang saya cipta akan mengikuti karakter dan suara seseorang. Begitu juga dengan Vida yang mempunyai suara yang agak santai," 


Muzik video rasmi lagu tersebut dijangka boleh ditonton pada awal Ogos depan.

Semoga maju jaya buat DS Vida dengan lagu nya itu.

Sumber: mStar

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.